UTM Envision 2025: Virtual Town Hall Opening

Sesi Pembukaan melalui FB Live link https://www.facebook.com/univteknologimalaysia/videos/1092597404529598

8:30 – 9.00am

Facebook LIVE

Registration of Participants

* Via login to UTM FB Live }

9.00 – 9.20am

Facebook LIVE

Town Hall Opening Session

By YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Acting Vice Chancellor of UTM }

9.20 – 9.45am

Facebook LIVE

Briefing Session

By YBrs. Prof. Dr. Shahrin bin Mohammad (Pro-Vice Chancellor (Strategy) ) }

9.45 – 11.30am

Bengkel Penulisan Bab 1: Projek Sarjana Muda

Sesi ini merupakan perkongsian kepada semua pelajar yang akan melaksanakan Projek Sarjana Muda (PSM) Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM. Sesi ini melalui platform online WEBEX dan juga boleh ditonton melalui rakaman video FB Live,

Klik link bagi menonton rakaman perkongsian https://fb.watch/1IocmIFe-E/

Atau link berikut: https://utm.webex.com/recordingservice/sites/utm/recording/playback/cc765c25ee6f4521a0e21cfd9ad6ad0a

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.

Juri Jemputan Hari Inovasi Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru

4 Mac 2020

Pada hari ini saya julung kalinya dijemput sebagai Juri pameran Hari Inovasi peringkat Jolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru. Turut dijemput adalah Ts Dr Hasyamuddin Othman daripada UTHM Batu Pahat, Johor. Program dimulakan dengan ucapan Aluan Timbalan Pengarah Akademik KVTP yang mewakili Pengarah.

Fig 1: Penulis bersama Timbalan Pengarah Akademik KVTP dan Ts Dr Hasyamuddin UTHM

Sesi penilaian yang bermula jam 9.30 pagi itu melibatkan penyertaan pelajar-pelajar daripada semua program yang ditawarkan di KVTP iaitu Program Teknologi Kimpalan, Program Teknologi Automotif, Program Teknologi Elektrik, Program Teknologi Elektronik dan Program Teknologi Binaan Bangunan.

Fig 2: Sesi soal jawab di antara panel juri dengan pelajar

Program berakhir sekitar jam 1.00 tengahari dengan acara penyampaian cenderahati daripada pihak KVTP

Fig 3: Penulis menerima cenderahati daripada Ketua Jaminan Kualiti KVTP

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan KVTP atas penganjuran dan jemputan sebagai panel juri jemputan. Tahniah juga kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga terus sukses.

Fig 4: Penulis bersama ahli pengurusan KVTP dan Ts Dr Hasyamuddin Othman

Fig 5: Penulis bergambar kenangan bersama peserta

Perkongsian Ikon Inovasi dan Komersialisasi Sempena Bulan Inovasi Sekolah Pendidikan 2019

Pada 3 Disember 2019 telah diadakan sesi Perkongsian Ikon Inovasi dan Komersialisasi bersempena Program Bulan Inovasi Sekolah Pendidikan 2019. Program setengah hari tersebut teah mengenengahkan 2 orang pensyarah Sekolah Pendidikan yang telah berjaya menghasilkan produk inovasi dan seterusnya mengkomersilkan produk mereka iaitu Prof Madya Dr Fatin Aliah Phang Abdullah dan Ts Dr Dayana Farzeeha Ali. Sesi tersebut telah berlangsung di Bilik Seminar Sekolah Pendidikan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf Sekolah Pendidikan dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.Fig 1 : PM Dr Fatin sedang menyampaikan perkongsian produk inovasi beliau

 

Fig 2: Ts Dr Dayana Farzeeha Ali sedang menyampaikan perkongsian beliau

 

Fig 3: Penulis bersama dengan sebahagian daripada peserta program

Penemuduga Bagi Pengambilan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UTM

Pada 28 Januari 2018 saya terlibat sebagai salah seorang Penemuduga bagi Pengambilan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) UTM untuk Ambilan Semester 2 Sesi 20182019 di UTMKL dan UTMJB. Temuduga ini merupakan salah satu daripada proses yang perlu dilalui oleh semua calon ISMP bagi memastikan mereka bukan sahaja layak daripada segi akademik. Malah memiliki ciri-ciri dan mempunyai ketrampilan sebagai seirang bakal guru.

Foto: Penulis bersama seorang lagi penemuduga sedang menjalankan sesi temubual terhadap calon

Tahniah! Semua Pelajar Projek Sarhana Muda Semester 01 Sesi 20182019

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Projek Sarjana Muda di atas kejayaan cemerlang yang dicapai. Semoga terus sukses

Foto 1: Dari kiri Penulis, Fakhrur, Hafizullah, KeYong, Farhan dan Hamizan

Asia TVET Experts Forum 2018 (ATEF 2018)

Pada 23 hingga 24 Julai 2018 yang lalu saya telah dijemput sebagai salah seorang peserta dalam ATEF 2018 anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Forum ini telah mengumpulkan pakar-pakar TVET negara-negara Asia bagi berdiskusi cabaran yang sedang dan perlu dihadapi oleh warga TVET khususnya yang berkaitan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0)

Gambar 1: Ucapan oleh Naib Canselor UTHM selaku Pengerusi ATEF 2018

Selain daripada memberikan ruang kepada penulis untuk menyampaikan pandangan dan cadangan kepada ahli-ahli forum, ATEF juga memberikan peluang membuat jaringan dengan pakar-pakar TVET dalam dan luar negara. Di sini saya berkesempatan untuk bertemu dengan Engr Hamid yang merupakan Presiden, Central Executive Committee, Institution of Diploma Engineers Bangladesh (IDEB).

Gambar 2: Gambar kenangan bersama Engr A.K.M.A Hamid daripada Bangladesh

Saya juga turut berpeluang menemui Ts Dr Muhammad Naim Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Gambar 3: Bersama Ts Dr Muhammad Naim Yaakub TKP, JPPKK

 

 

1 Julai 2018 -Fakulti Pendidikan UTM bertukar wajah kepada Sekolah Pendidikan

Tarikh 01 Julai 2018 merupakan suatu tarikh yang bersejarah apabila Fakulti Pendidikan bertukar nama kepada Sekolah Pendidikan dan bersama-sama empat entiti lain (Akademi Bahasa, Akademi Tamaddun Islam, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, dan CASIS ) untuk berada di bawah satu fakulti iaitu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Berdasarkan struktur organisasi yang baru ini Sekolah Pendidikan akan diketuai oleh seorang Pengerusi (Chair) dan dibantu oleh 3 orang Pengarah (Director) mengikut Program yang ditawarkan di sekolah ini.

Rajah 1: Fakulti-fakulti yang wujud di bawah UTM Synergy 4.0

Semoga dengan dengan bermula struktur baru ini Sekolah Pendidikan UTM akan terus memacu kecemerlangan dalam persada pbidang pengajian pendidikan di dalam dan luar negara.

Lawatan Pegawai JPNJ dan Wakil-Wakil PPD Johor

Delegasi staf Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Wakil-wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor ke Fakulti Pendidikan pada hari ini 7 Jun 2018. Delegasi yang di ketuai oleh En Mohd Fuad Bin Mohd Sahmin telah sambut oleh Ketua Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) PM Dr Yusri Bin Kamin serta beberapa staf  JPTK termasuk penulis sendiri. Rajah 1: Sebahagian daripada staf JPNJ dan PPD yang hadir

Rajah 2 Sesi perbincangan yang dijalankan semasa pertemuan tersebut

Rajah 3 Penulis bersama barisan staf JPTK yang hadir

Rajah 4 KJ JPTK menyerahkan cenderahati kepada salah seorang staf JPNJ yang hadir

Program Kesedaran Green Office and Energy Saving 2013

Pada 9 Julai 2013 Fakulti Pendidikan telah mengadakan Program Kesedaraan Green Office and Energy Saving Peringkat Fakulti. Program ini dihadiri oleh staf akademik dan sokongan Fakulti Pendidikan

Rajah 1: Dr Irina selaku Penceramah Jemputan

Rajah 2: Penulis bersama sebahagian daripada staf yang turut hadir program ini