Pernyataan Masalah

Selain daripada tajuk, pernyataan masalah juga penting dalam sesuatu penulisan atau kajian. Ia akan membantu untuk mengenal pasti tujuan dan skop penulisan atau kajian yang dilakukan.

Apakah maksud pernyataan masalah?

Pernyataan masalah  merupakan pernyataan  yang jelas dan padat yang menerangkan masalah atau isu khusus yang ingin diselidiki atau diselesaikan melalui penyelidikan yang dilakukan.  Ia membantu untuk merangkum latar belakang kajian secara lebih spesifik, menyorot kelompongan (gap) dalam penyelidikan-penyelidikan sebelum  ini dan menetapkan tujuan penyelidikan.

Garapan penulisan pernyataan masalah perlu memperlihatkan penyelidikan yang ingin dijalankan itu penting dan perlu dijalankan. Jika ianya tidak penting, dan tidak perlu maka ianya boleh dianggap sebagai bukan suatu masalah. Jadi tidak ada kepentingan dan keperluan untuk menghabiskan masa untuk menjalankan kajian.

Soalan-soalan Penting dalam Pernyataan Masalah
Tips: Gunakan 7 WH Questions ( Who, What, When, Where, Why, Which, Whose, How) untuk membantu mengembangkan penulisan pernyataan masalah.

Antara soalan-soalan yang boleh ditanya:
Apakah masalahnya?

Berapa kerap masalah berlaku?

Di mana masalah berlaku?

Bila masalah berlaku?

Siapa yang mendapat impak daripada masalah?

Apa penyebab masalah?

Bagaimanakah gambaran keadaan/situasi jika masalah tidak wujud?

Kenapa ianya menjadi satu masalah, dan kenapa ia perlu diberi perhatian?

Apakah kesan/impak akibat daripada masalah tersebut?

Apakah jangkaan penyelesaian kepada masalah yang anda akan cadangkan?

Apakah jangkaan manfaat ataupun hasil daripada penyelesaian yang dicadangkan?


5 Elemen dalam Pernyataan Masalah.
1. Kenal pasti isu atau masalah
2.Mulakan pernyataan dengan situasi ideal sekiranya tiada masalah tersebut
3. Kenal pasti apakan masalah tersebut, apa punca masalah, dan kenapa ianya menjadi suatu isu yang perlu dikaji dan ditangani.
4.Nyatakan apakah kesan isu tersebut
5.Cadangkan penyelesaian.

Pernyataan Masalah yang Baik
Penulisan pernyataan masalah tidak perlu terlalu panjang. Memadai satu atau satu setengah halaman sahaja.

  1. Ringkas: Anda mampu untuk memberi gambaran secara ringkas dan padat tentang masalah, bagaimana dan kenapa ianya menjadi masalah. Baca berulangkali tulisan anda dan perbaiki supaya nampak jelas apa yang hendak dicapai menerusi kajian.
  2. Spesifik: Tulis tentang satu isu sahaja dalam pernyataan masalah, walaupun impak kepada isu tersebut banyak. Fokuskan kepada penyelesaian terhadap satu masalah tersebut, supaya tidak mengelirukan. 
  3. Boleh Diukur: Jelas tentang bagaimana mengukur masalah dan objektif yang dinyatakan.

Menulis Ulasan Buku

Antara tugasan yang biasa diberikan oleh pensyarah ialah menulis Ulasan Buku atau Book Review. Termasuk saya, untuk tugasan bagi kursus UICW6230/UHIS6130 Falsafah Sains dan Ketamadunan. Ulasan buku ni - nampak macam senang, baca sebuah buku dan buat … [Continue reading]

Puasa: Jagalah Lisan, Jagalah Jari

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak … [Continue reading]

Dynamic Stabilism

Dynamic stabilism adalah satu kata konsep yang dibahaskan oleh Prof Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang mengandungi dua elemen iaitu dinamik dan kestabilan. Ia merujuk kepada corak perjuangan ulama muktabar dalam tamadun Islam yang bersikap dinamik, … [Continue reading]

Jejak Turki Uthmani di Nusantara dan Hubungan dengan Kesultanan Melayu

Ini antara impian dan angan-angan saya. Ingin membuat penyelidikan berkaitan hubungan Khilafah Utmaniyyah dengan dunia Melayu. Dari waktu belajar, bermacam-macam persoalan bermain di fikiran. Antaranya sewaktu Portugis menyerang Melaka, tidak adakah … [Continue reading]

SPAM COMMENTS: Bagaimana Dihentikan?

Sebagai pengguna blog, memang tidak dapat lari daripada menerima komen-komen spam. Kecualilah jika diset untuk tidak menerima sebarang komen. Satu dua masih boleh bersabar. Apabila banyak, menyakitkan hati. Bukan berkait dengan posting yang ditulis … [Continue reading]

Biar Mati Anak

Biar mati anak jangan mati adat,Adat bersendikan syarak,Syarak bersendikan Kitabullah,Syarak mengata, adat memakai,Cermin yang tidak kabur,Pelita yang tidak padam. Seringkali pepatah biar mati anak jangan mati adat dikritik hebat. Kenapa orang … [Continue reading]

Allah, Aku Zalim

Doa ini adalah pengakuan seorang hamba yang banyak menzalimi diri sendiri. Doa memohon keampunan dengan penuh kerendahan hati, mohon rahmat kasihan belas Allah taala dengan penuh kesedaran bahawa tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali-Nya. … [Continue reading]

Pengurusan Akademik Universiti

[Continue reading]

Doa Taubat

Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung. Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung. Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup, dan yang Maha Memelihara, Mengurus (kehidupan … [Continue reading]