Bahan-bahannya :
- 1 mangkuk kecil ikan bilis- goreng hingga garing, Sejukkan.
- 1 labu bawang besar- hiris
- 1 biji buah tomato-hiris
- 2 biji cili padi-potong
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1/2 biji timun, buang biji dan hiris nipis- kalau guna timun jepun tak payah buang bijinya.
- 1 batang serai- ambil bahagian lembut sahaja dan hiris halus
- 1 batang bunga kantan- ambil bahagian lembut sahaja dan hiris halus
Untuk perasa ;
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar air limau nipis,
- 2 sudu kecil gula pasir.
Cara membuatnya :
- Satukan semua bahan sayurnya. Gaulkan dengan bahan perasa. Gaul sebati dan tambahkan apa yang kurang. Masa nak dihidangkan barulah digaulkan dengan ikan bilis supaya ikan bilis kekal rangup semasa menikmatinya. Siap.