Monthly Archives: December 2017

PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM UTMFin

Assalammualaikum W.R.T & Salam 1 Malaysia.

 
YBhg. Prof. / Dr. / Saudara, 
 
 
 
Dimaklumkan bahawa sistem UTMFin akan ditutup sementara pada 1 dan 2 Januari 2018 bagi tujuan penetapan tempoh perakaunan tahun 2018 oleh pihak teknikal.

 

UTMFin akan beroperasi seperti biasa mulai 3 Januari 2018.

 

Sekian untuk makluman.

Selamat Tahun Baru!

KLINIK TEKNIKAL PENILAIAN PRESTASI STAF AKADEMIK (eLPPT 2017)

Y.Bhg. Prof./Datuk/Dato’/Saudara,
 
Assalamualaikum Wrh. Wbth & Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar dengan usaha sama pihak CICT telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Klinik eLPPT 2017 (Staf Akademik) bagi membantu menangani isu-isu TEKNIKAL berkaitan eLPPT 2017.
Sehubungan itu, bagi staf akademik yang mempunyai isu/permasalahan dalam pengisian eLPPT 2017 dijemput hadir ke klinik yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh: 31 Disember 2017 (Ahad).
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang.
Tempat: Makmal PPICTP (Aras 3), CICT UTM JB.
Semoga dalam makluman bersama jua.
Terima kasih.
 

Sekian, terima kasih.

 

Urus setia eLPPT

ELPPT: Panduan Melengkapkan Penerbitan di RADIS

Assalamualaikum w.b.t
Yang Berbahagia
Dato’/Prof./Dr./Tn/Pn
Perpustakaan UTM masih menerima banyak persoalan mengenai penerbitan di RADIS samada melalui emel, panggilan telefon dan lain-lain. Oleh demikian bagi membantu menjawab kepada semua persoalan berkenaan, panduan bagi melengkapkan penerbitan di RADIS adalah sebagaimana pautan di bawah:
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Terima Kasih

Harap Maklum

Md Razib Karno
Senior Librarian,
Information Services & Research Division

UTM Library
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310, UTM Skudai,
Johor, Malaysia

Office:+607 553 0280      Fax: +607 55 72555

Primary Email: mdrazib@utm.my | Secondary Email: mdrazibkarno@gmail.com | Site: 1.Research Support 2.My Publications
 
Research Publication –  Research Support – Incentive Claim – RADIS – Bibliomining

Capaian Sistem UTMHR dari rangkaian luar UTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa capaian ke sistem UTMHR (https://hrfin.utm.my) dari rangkaian luar UTM perlu melalui virtual private network (VPN)  bagi memenuhi keperluan pengurusan keselamatan maklumat
Sila akses ke https://vpn.utm.my untuk mencapai sistem ini.
Bagi pengguna kali pertama sila download software Easy Connect (seperti gambar di bawah) dan install perisian ini.
Inline image 1

Best regards,

Customer Relationship Management (CRM),

Center for Information and Communication Technology (CICT),

Universiti Teknologi Malaysia.

CONTACT US  System : http://aduan.cict.utm.my | Email : aduit@utm.my   |  Phone No : 07-5532136

89th Professorial Inaugural Lecture Series and Book Launching by Professor Dr. Ahmad Rahman bin Songip, MJIIT, UTM KL

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Dear All,
All students are cordially invited to the 89th Professorial Inaugural Lecture Series and Book Launching by Professor Dr. Ahmad Rahman bin Songip of MJIIT, UTM KL on the respective date and time as below :-
Date     : 19th December 2017 (Tuesday)
Time    :  2.30 pm
Venue  :  Azman Hashim Hall, Razak Tower, UTM Kuala Lumpur
Title     :  
Break the Pattern – The Science of Transformational Value Creation
Inline image 1
 
For more information and FREE registration, please kindly click here: http://bit.ly/2nMAOC9 
As a note of appreciation, you will receive the FREE digital version of the book entitled Break the Pattern – The Science of Transformational Value Creation, worth USD30 (RM137).
 
We appreciate your cooperation in making this event educational and enlightening for the whole University’s community. Your presence in this event would be much appreciated. 
Thank you,

Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International)

Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor

PEMATUHAN PENGGUNAAN LOGO UTM YANG BETUL

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

 
Didoakan semoga warga UTM dalam keadaan sihat dan ceria.
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan juga hebahan dan perkongsian daripada Pej HEK sebelum ini adalah berkaitan.
 
Dukacita dimaklumkan masih terdapat  hebahan / promosi yang dikeluarkan oleh pelbagai entiti dalam UTM atau rakan kolaborasi yang menggunapakai 
logo UTM yang salah.   Keadaan sebegini  boleh menjejaskan hasrat universiti untuk memantapkan  penjenamaan UTM  kepada umum.
 
Bagi menjamin ketepatan dan keselarasan, semua warga UTM termasuklah pihak yang menjalin kolaborasi dengan Universiti kitaWAJIBLAH  menggunapakai logo yang telah diluluskan oleh pengurusan universiti.     Sila gunakan logo yang dibenarkan sahaja untuk semua promosi / hebahan / pengumuman samada pada media sosial, bahan cetakan dll.  Maklumat lengkap boleh didapati pada   pautan berikut  –    http://brand.utm.my/toolkit/
 
Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama semua pihak bagi bersama-sama menguatkuasa dan menyokong hasrat  Universiti untuk memperkasakan penjenamaan melalui penggunaan  LOGO yang betul  kerana logo yang betul dan standard melambangkan kredibiliti  sesebuah organisasi.
Kerjasama dan perhatian setiap pegawai bertanggungjawab di PTJ / Fakulti / Unit  untuk memaklumkan mengenai pematuhan penggunaan logo ini kepada pelajar-pelajar dan rakan kolaborasi masing-masing amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

7 HARI LAGI! PENGISIAN LAPORAN PROJEK BERIMPAK TINGGI SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAHUN 2017 (e-LPPT)

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh  & Salam Sejahtera

Yg. Bhg. Prof. / Dr. / Saudara, 

Perkara di atas adalah dirujuk.

Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (Centre for Community & Industry Network – CCIN) UTM bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian berimpak tinggi (Star Rating) terhadap projek libatsama komuniti yang telah dilaksanakan oleh universiti sepanjang tahun.

Ianya bagi mengukur keberkesanan projek, memberi impak dan manfaat serta membawa perubahan sosial atau ekonomi terhadap komuniti lebih lestari.  Penilaian tersebut akan dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Penilaian Projek Libatsama Komuniti Universiti (JPPLKU). Pelaksanaan penilaian libatsama komuniti berimpak tinggi ini telah menjadi salah satu elemen BONUS di dalam Penilaian Prestasi Staf Akademik secara atas talian (eLPPT).

 

Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Penyelidik Geran yang telah mendaftar Geran Penyelidikan di RADIS (seperti geran CCIN / IISJ / PPRN / dll) yang melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu / teknologi sepanjang 2017 berdasarkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan, untuk mengisi borang Community Engagement Impact Rating Form (CEIR) di TAB STAR RATING pada geran penyelidikan yang telah didaftarkan.

 

Semua penghantaran pelaporan perlu dilengkapkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki didalam borang CEIR tersebut dan perlu disahkan oleh Dekan / Timbalan Dekan  fakulti dan dimuat naik sebelum atau pada 24 Disember 2017. Tiada tempoh pemanjangan tempoh atau rayuan selepas tarikh – tarikh penting dibawah:

 

TARIKH PENTING
Pendaftaran  Projek Baru  dan semakan : Sehingga 21 Disember 2017
 
Proses Memuat Naik BORANG CEIR di tab Star Rating : Sehingga 24 Disember 2017
Proses Saringan : 25 – 26 Disember 2017
 
Proses Penilaian : 27 Disember – 3 Januari 2018
 
Semakan Pemarkahan dan Keputusan – 4 Jan – 9 Januari 2018
 
Keputusan Penuh di RADIS :14 Januari 2018
 
​Dengan ini dilampirkan borang CEIR dan flowchart untuk tindakan dan perhatian semua. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian sambungan ext : 37556 / 38002 / 37884 (CCIN JB) dan 03-26154828 (CCIN KL). Kerjasama dan perhatian semua amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Inline image 1
Pusat Jaringan Komuniti dan Industri | Centre for Community and Industry Network (CCIN)

Taman Tropika, Universiti Teknologi Malaysia, 

81310, Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Tel : 07-5537556 / 37884 / 37819   |    Faks    : 07-5537630