Monthly Archives: October 2016

UTM Idea Bank Form

000002

UTM Bank Idea

Bank Idea UTM merupakan satu platform untuk berkongsi buah fikiran anda dengan Pengurusan Universiti dan komunitinya secara umum. Kami mengalu-alukan idea kreatif dan inovatif anda untuk membantu UTM meningkatkan pencapaian tujuan, misi dan visi universiti.

Bank Idea telah dilancarkan pada Jun 2010 untuk menggalakkan staf, mahasiswa dan alumni UTM serta pihak berkepentingan yang lain untuk mencadangkan kaedah menambahbaik pelbagai aspek Universiti dan meningkatkan pencapaiannya. Ianya merupakan salah satu usaha untuk menyemai budaya kreatif dan inovatif dalam komuniti UTM melalui sumbangan idea membina secara berterusan kepada Universiti demi penambahbaikan Universiti dalam segala aspek.

Idea yang dihantar akan diklasifikasikan mengikut tujuh kategori, iaitu umum, akademik, universiti penyelidikan, komersialisasi, kehidupan mahasiswa, perkhidmatan & kemudahan dan kelestarian kampus.

Selain mengemukakan idea, anda juga boleh memberi komen terhadap idea orang lain dan menyatakan sokongan anda atau sebaliknya terhadap idea-idea yang dipaparkan.

Berminat untuk menyumbangkan idea atau cadangan yang bernas sila >>>KLIK SINI<<<