Lata Jernih UTM: Tempat Pelancongan dan Pusat Rekreasi di Negeri Johor

lata jernih, pusat rekreasi UTM

Lata Jernih UTM

Lata Jernih UTM merupakan tempat pusat pelancongan baru di Johor, selain itu juga sebagai tempat untuk riadah dan melakukan aktiviti seperti perkhemahan, jungle tracking dan lain-lain lagi.

Lata Jernih, satu produk terbaru ekopelancongan terletak di Hutan Rekreasi dalam kampus UTM Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) me­nyasarkan kehadiran lebih 30,000 pelancong dari dalam dan luar negara melawat produk Kampus Ekopelancongan yang terdapat di universiti berkenaan pada tahun ini.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Ir. Wahid Omar berkata, ketika merasmikan Lata Jernih pada 21 mei 2017, katanya sasaran itu meningkat berban­ding kira-kira 20,000 pelancong pada tahun lalu dan yakin mampu dicapai menerusi pembukaan Lata Jernih di Hutan Rekreasi UTM yang terletak dalam kampus induk universiti berkenaan di Skudai.

Seramai 52 orang mahasiswa dan 10 staf dari Jabatan Lanskap, Fakulti Alam Bina UTM terlibat dalam membangunkan Lata Jernih itu yang turut mendapat kerjasama dari Unit Kampus Ekopelancongan, Pejabat Harta Bina dan Pusat Kerjaya UTM.

“Pembinaan Lata Jernih dijalankan menerusi program Job On Campus untuk memberi pengalaman kerja sebenar kepada mahasiswa UTM mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari di bilik kuliah kepada situasi kerja sebenar.

“Menerusi program ini UTM berjaya menjimatkan dua petiga daripada kos sebenar jika diserahkan kepada kontraktor luar,’ katanya.

Majlis perasmian dihadiri oleh Pengarah Harta Bina Profesor Dr Abdul Latif Salleh, Pengarah Pusat Kerjaya Prof. Madya Dr. Othman Ibrahim dan Pensyarah Jabatan Senibina Lanskap Prof. Madya Dr Mohd Sarofil Abu Bakar.

Naib Canselor berkata, konsep pembinaan Lata Jernih yang dilakukan secara manual tanpa penggunaan peralatan berat bagi mengelakkan kerosakan kawasan sekitar untuk mengekalkan persekitaran semula jadinya. Bahan binaan semulajadi juga turut digunakan termasuk batu dan kayu yang terdapat di kawasan sekeliling.

Menurut Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar , nama Lata Jernih diilhamkan daripada perkataan ‘lata’ dalam bahasa Inggeris yang memberi makna ‘cascade’, iaitu jeram dengan airnya yang jernih mengalir secara ber­tingkat-tingkat.

Katanya, pusat rekreasi dan riadah yang menelan kos sebanyak RM49,000 itu telah dibangunkan menggunakan kepakaran 10 kaki­tangan dan 52 mahasiswa daripada Jabatan Landskap, Fakulti Alam Bina menerusi projek Job on Campus (JoC) dengan kerjasama Unit Kampus Ekopelanco­ngan, Pejabat Harta Bina dan Pusat Kerjaya UTM.

“Buat permulaan ini, caj ma­suk ke Lata Jernih hanyalah RM1 seorang dan dibuka setiap hari bermula pukul 8.30 pagi sehingga 6 petang.

Nama Lata Jernih diilhamkan daripada perkataan “lata” di dalam Bahasa Inggeris yang “bermaksud jeram yang airnya mengalir bertingkat dari tahap atas ke bawah. Jatuhan air jernihnya yang bertingkat serta kaya dengan flora dan fauna” mampu memberikan ketenangan minda kepada para pengunjung yang datang.

“Kedudukannya yang terletak di dalam Hutan Rekreasi UTM seluas 53 hektar ini dapat memberi nilai tambah bagi mereka yang ingin menjalankan aktiviti perkhemahan dan motivasi selain pelbagai aktiviti menarik lain yang disediakan seperti mema­nah, paintball dan all terrain vehicle (ATV),” katanya.

Hutan Rekreasi turut memberikan nilai tambah bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi dalam satu tempat antaranya program motivasi, merentas hutan sambil menikmati flora dan fauna serta boleh juga menginap di Rumah Kampung yang terdapat di kawasan berdekatan.

Bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke Hutan Rekreasi seluas 53 hektar itu, Unit Ekopelancongan, Pejabat Harta Bina sedang dalam proses menambah daya tarikan dengan menyediakan pelbagai kemudahan antaranya, chalet, kawasan perkhemahan, sukan memanah dan All-terrain vehicle (ATV) bagi membolehkan pengunjung menjelajah kawasan berkenaan yang kaya dengan flora dan fauna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *