Perkhidmatan Penyewaan Ruang Dewan, Penginapan, Padang Sukan di UTM Johor Bahru

  1. Tahukah anda di UTM ada menyediakan perkhidmatan penyewaan ruang untuk program-program dan majlis-majlis di Johor kepada penyewa dari luar UTM di sekitar JB atau Johor Bahru , semua daerah-daerah negeri Johor dan di luar negeri Johor.

Contohnya: seperti jabatan kerajaan, sekolah, persatuan, badan berkanun dan agensi awam dan swasta lain.

Pengurusan Pusat Latihan UTM merangkumi infrastruktur, kemudahan, sewaan ruang, keselamatan, kebersihan dan kecerian Pusat Latihan UTM. Sebelum melakukan penyewaan ruang, terlebih dahulu sila tentukan ruangan jenis yang akan disewa, kapasiti dan lokasi yang dipilih.

Di samping itu juga, Unit Kampus Ekopelancongan juga ingin memaklumkan bahawa sebagai unit yg bertanggungjawab dalam mempromosi dan menyemarakkan inisiatif ini, satu usaha penyelarasan sedang dilaksanakan utk menjadikan unit ini sebagai Pusat Perkhidmatan Setempat (One Stop Centre).

Sehubungan itu, semua perkara-perkara di bawah telah atau akan diuruskan oleh pihak UTM:

(a) Tempahan Aktiviti-Aktiviti Rekreasi dan penggunaan kawasan di Laman Menanti, Taman Tropika (termasuk Rumah Tropika), Balai Cerapan, Hutan Rekreasi, Tasik Ilmu & Desa Bakti, UTM Trails dan Litar Kawalan Jauh.

(b) Tempahan Ruang Universiti seperti yg dinyatakan di laman web.

(c) Pengurusan Lawatan Berpandu oleh pihak luar, korporat dan orang awam (rasmi / tidak rasmi)- tempahan mestilah TIDAK KURANG 7 hari bekerja.

(d) Pengurusan Pakej Kampus Ekopelancongan.

(e) Tempahan Aktiviti Rekreasi dan Perkhemahan di PALAPES UTM oleh pihak luar (sedang dalam perbincangan) dan,

(f) Permohonan tempahan dewan untuk mengadakan peperiksaan .

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *