Daily Archives: December 20, 2017

Kempen Jom Potong Zakat di UTM


Zakat: Pembayaran zakat melalui “Kempen JOM POTONG DI UTM” Melalui Sistem Caruman Zakat UTM”. Kempen ini memberi kemudahan kepada semua Staf Pelaksana dan Staf Akademik untuk menunaikan rukun ketiga Islam tersebut.

Zakat (Bahasa Arab: زكاة transliterasi: Zakah) dalam segi istilah adalah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir miskin dan sebagainya). Zakat dari segi bahasa membawa erti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Zakat merupakan rukun ketiga dari rukun Islam.

Hukum zakat
Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur pokok bagi tegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib fardhu atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat termasuk dalam kategori ibadah seperti salat, haji, dan puasa yang telah diatur secara rinci berdasarkan Alquran dan Sunah. Zakat juga merupakan sebuah kegiatan sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan umat manusia di mana pun.

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Zakat fitrah
Zakat yang wajib dikeluarkan muslim menjelang Aidil Fitri pada bulan suci Ramadan. Besar zakat ini setara dengan 3,5 liter (2,7 kilogram) makanan pokok yang ada di daerah bersangkutan.
Zakat maal (harta)
Zakat yang dikeluarkan seorang muslim yang mencakup hasil perniagaan, pertanian, pertambangan, hasil laut, hasil ternak, harta temuan, emas dan perak. Masing-masing jenis memiliki perhitungannya tersendiri.

Hak zakat

Penerima
Ada lapan pihak yang berhak menerima zakat, tertera dalam Surah at-Taubah ayat 60 yakni:

Fakir – Mereka yang hampir tidak memiliki apa-apa sehingga tidak mampu memenuhi keperluan asas kehidupan.
Miskin – Mereka yang memiliki harta namun tidak cukup untuk memenuhi keperluan dasar untuk hidup.
Amil – Mereka yang mengumpulkan dan membagikan zakat.
Mu’allaf – Mereka yang baru masuk Islam dan memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan barunya.
Hamba sahaya – Budak yang ingin memerdekakan dirinya
Gharimin – Mereka yang berhutang untuk keperluan yang halal dan tidak mampu untuk memenuhinya.
Fisabilillah – Mereka yang berjuang di jalan Allah misalnya: dakwah, perang dan sebagainya.
Ibnus Sabil – Mereka yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan.

Haram menerima
Orang kaya dan orang yang masih memiliki tenaga.
Hamba sahaya yang masih mendapat nafkah atau tanggungan dari tuannya.
Keturunan Nabi Muhammad (ahlul bait).
Orang yang dalam tanggungan dari orang yang berzakat, misalnya anak dan isteri.