Daily Archives: December 28, 2017

Fertigasi: Sistem Baja Guna Cara Titisan

Fertigasi cili, terung, tomato, halia dan lain-lain.

Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu fertilizer dan irrigation. Dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di samping meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah seperti pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman.

Teknik ini adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis. Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan. Ketersediaan nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan efisien. Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini.

Kaedah ini banyak digunakan dalam sistem tanaman tanpa menggunakan tanah

Istilah fertigasi dibentuk daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu fertigation (pembajaan) dan irrigation (pengairan). Sistem fertigasi menggunakan baja cecair yang dinamakan sebagai larutan stok. Larutan stok ini dinamakan sebagai baja AB atau baja XY. Kepekatan larutan stok ini biasanya disediakan 100 kali ganda pekat daripada yang diperlukan oleh pokok.

Terdapat 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok.

Kalsium nitrat, Ca(NO3)2 disediakan berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4. Ini bagi mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan seterusnya membentuk pemendakan. Kebiasaannya larutan CA(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada sebatian lain.

Teknologi fertigasi gantung adalah satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten.

Kini, dengan teknologi yang dikembangkan Jabatan Pertanian (DOA) mampu mengoptimumkan penggunaan tanah untuk industri berkenaan.

Kelebihan teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan yang baik disebabkan peningkatan hasil melalui penggunaan baja secara efisien, konsisten dan jangka hayat ekonomik tanaman lebih lama. Risiko serangan penyakit daripada ‘soil borne’ dapat dikurangkan kerana antara kelebihan utama sistem ini ialah kedudukan tanaman tidak berada di atas tanah dan sistem pengudaraan yang lancar.

konsep asas yang membezakan teknologi ini dengan kaedah lain ialah pokok ditanam dalam beg semaian bermedia secara tergantung berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong.

Antara tanaman sayur berbuah yang sesuai ialah timun, kacang panjang, petola, terung panjang, cili dan juga sayuran berdaun sebagai kitaran tanaman. Kelebihan mengamalkan teknik fertigasi gantung adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil.

Secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa.

Kandungan baja A:

Ca(NO3)2Fe

Kandungan baja B:

KNO3
KH2PO4
MgSO4
MnSO4
CuSO4,
ZnSO4
Asid borik
Ammonium molibdat atau natrium molibdat.

Rujukan:
Manual Teknologi Fertigasi Penanaman Cili, Rockmelon dan Tomato.
Fertigasi Cili: Penanaman Cili Menggunakan Sistem Fertigasi Terbuka
Fertigasi Halia: Teknologi Penanaman Halia Secara Fertigasi.