Pelancongan

Sukacita dimaklumkan bahawa UTM telah terpilih sebagai johan dalam kategori EduTourism bagi Anugerah Penghargaan UCTC bersempena Pameran Higher Education Week Malaysia (HEWM) 2015 yang buat julung-julung kalinya telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) pada malam semalam di Dewan Zaaba, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Menerusi tema projek “UTM Visit My Campus 2015” yang disertai oleh Unit Kampus Ekopelancongan, UTM telah berjaya disenaraikan sebagai finalis akhir bersama-sama dua lagi universiti awam yang turut menyertai pertandingan tersebut iaitu UPM (Edu Park) dan UKM.

Sebanyak 11 bidang dipertandingkan dalam anugerah ini termasuklah EduTourism bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada program-program komuniti-universiti yang cemerlang dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip NBOS iaitu Impak Tinggi, Kos Minima (Keberkesanan Kos), Pelaksanaan Pantas dan Mampan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat dari segi sosio-ekonomi, pendidikan, kesihatan, persekitaran, teknologi dan lain-lain.