Resepi Nasi dagang

Terima kasih Tuan Haji Nujid (mantan Dekan PPD) yang memberikan resepi nasi dagang. Kawan-kawan cakap resepi beliau sangat sedap. Selamat mencuba

 

Nasi dagang

3 bahagian beras + 1 bahagian pulut. Beras di rendam selama 6 jam at least. Kukus sehingga masak di angkat dan di gaulkan dengan halia, santan serta halba dan garam. Di kukus semula.

Ada org tak kukus selepas di gaul bahan bahan itu. Ikut selera. Kalau tak di kukus cepat basi.

 

Gulai ikan tongkol

Bahannya jintan manis 1 ½ bahagian+ 2 bahagian biji ketumbar; di sangai kemudian di blend.

Ikan tongkol di rebus dahulu dengan asam dan garam (kalau nak lebih umph tambah sedikit gula melaka atau nisan).

Bawang ditumis serta bahan-bahan yg di blend + halia+ lengkuas+gula merah+cili kecil+santan serta perasa.

 

Selamat mencuba