Creative Writing Workshop in Resarch Week

Razak Faculty of Technology and Informatics, Univeriti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur sedang menganjurkan Minggu Penyelidikan dari 15-19 Oktober 2018.

Semasa minggu tesebut terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti tersebut seperti bengkel , seminar, dan pertandingan poster. Seminar yang dijalankan merupakan seminar berkaitan penyelidikan polisi. Terdapat dua bengkel yang telah dijalankan pada minggu tersebut iaitu bengkel Pertandingan Innovasi dan bengkel Penulisan Kreatif. Semasa sesi bengkel penulisan kreatif ianya telah dihadiri oleh pelbagai kategori peserta seperti dari kalangan pensyarah dan pelajar. Bengkel penulisan telah disampaikan oleh Tuan Mohamad Leffee Ahmad dari Siaran Berita Bernama. Pelbagai ilmu yang telah dicurahkan oleh Tuan Mohamad Lefee semasa bengkel yang telah dijalankan. Petua mengenai penulian rencana telah dibincangkan oleh beliau dengan terperinci.

Dalam minggu ini juga telah dijalankan sebuah seminar. Seminar tersebut diberi nama “Postgraduate Annual Research on Informatics Seminar (PARIS 2018)”. Seminar ini telah di hadiri oleh para pelajar Pasca Ijazah. Mereka telah membentangkan kertas kerja bagi aktiviti penyelidikan yang sedang dijalankan. Terdapat 7 pemenang bagi katerori pertandingan kertas kerja dan 3 orang pemenang untuk pertandingan poster. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.