BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK MYRA UTM AIS 2018

Memaklumkan bahawa Bengkel Perancangan Strategik MyRA UTM AIS 2018 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh:  26 Mac 2018 (Isnin)
Masa:  9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat:  Bilik Jamuan, Aras 4, UTM AIS, Menara Razak
Alhamdulillah, bengkel telah berjalan dengan lancar. Dr Nur Azaliah merupakan pengarah program pada kali ini.
 
Dipertanggungjawabkan untuk menjadi fasilitatior bagi kumpulan 1. Aktiviti kami ialah untuk membincangkan bagaimana untuk menaikkan markah bagi section B2, Research grants for academic staff dan D Postgraduates students. Focus on Post Doc. Selain itu kami turut membincangkan bahagian B4 Awards.
PM Dr Nor Zairah tanya kenapa tak posing di Instagram beliau. Emmm mungkin tiba-tiba jadi pemalu kot…

Cofee Brewing

Pada sebelah petang jam 2.00pm (3 April 2017) aktiviti Cofee Brewing telah dijalankan di Team Tac 17. Setiap kumpulan telah diberikan topik untuk difikirkan bersama-sama.

Tengok tu Kak Has bawa balang kacang nampak. Nak bawa lari ke mana tu?

 

BENGKEL PENYEDIAAN COPPA MSc. INFORMATIK – SWA AKREDITASI

Coppa 4 Coppa 2  Coppa 3

Tarikh : 27, 28 & 29 Januari 2016 (Rabu, Khamis dan Jumaat)
Masa : 10: 00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur