Soalan Apa Yang Selalu ditanya oleh Ph.D examiner? & Soalan yang Patut Dielakkan Semasa Viva voce exam.

Soalan Apa Yang Selalu ditanya oleh Ph.D examiner? & Soalan yang Patut Dielakkan Semasa Viva voce exam. 😅

Saya telah ditanya oleh seseorang mengenai soalan yg selalu ditanya oleh examiner. Alhamdulillah, setelah berpengalaman memeriksa 46 tesis PhD dan DBA, kebiasaan soalannya begini;

1. Boleh terangkan samada Ph.D ini adakah ianya basic research atau applied research? Kenapa?

2. Apakah isu Ph.D awak? Kenapa?

3. Apakah permasalahan Ph.D awak? Kenapa?

4. Apakah gaps of knowledge/jurang ilmu dan objektif asas Ph.D awak?

5. Kaitkan antara isu, permasalahan, jurang ilmu dan objektif Ph.D awak. Kenapa?

6. Apakah contribution/novelty Ph.D awak? Justify

7. Model asas apa yg anda guna utk pembentukkan model Ph.D awak? Kenapa?

8. Apakah skop kajian dan kaitan dgn limitasi kajian?

9. Bagaimana cara awak mengumpul data dan kenapa?

10. Kenapa sample hanya berjumlah 150 (contoh) dan bukannya 250, justify?

11. Kenapa memilih sample ini?

12. Apakah perbezaan antara reliability dan validity?

13. Apakah perbezaan antara theoretical framework dan conceptual framework Ph.D awak?

14. Kenapa guna trigulation method?

15. Cuba terangkan makna mean dan standard deviation dlm mukasurat (contoh) 250.

16. Cuba kaitkan dapatan kajian dgn kajian literatur.

17. Apa menariknya dapatan Ph.D awak?

18. Siapa yg akan mendpt keuntungan dari kajian Ph.D awak?

19. Ceritakan pengalaman anda semasa buat Ph.D.

20. Kenapa guna kaedah kualitatif, dan bukan kuantitatif, terangkan.

21. Kenapa hypotesis awak tidak significant? Terangkan.

22. Kenapa conceptual framework digunakan utk penilaian dan bukannya theoretical framework

23. Kenapa penilaian hipotesis anda byk tidak significant?

24. Bagaimana anda memilih tajuk dan isu kajian ini? Terangkan

Cuba elakkan soalan ini.- sangat penting-TANDA2 BAHAYA…major correction 6 bulan-1 tahun 😔

1. Kenapa tajuk kajian dan objektif kajian Ph.D anda tidak sama?

2. Kenapa setiap perenggan ada dinyatakan objektif kajian dan ianya tidak sama dgn objektif asas? Jelaskan.

3. Kenapa guna correlation sedangkan kajian anda adalah utk menganalisa relationship?

4. Model yg dicadangkan tidak selari dgn isu, permasalahan dan objektif? Kenapa?

5. Kaedah yg digunakan tidak sesuai, kenapa digunakan?

6. Kajian ini tidak lagi ada nilai novelty, kenapa masih memilih tajuk ini?

7. Tajuk, objektif dan metod tidak mengikut kaedah yg betul, sila terangkan.

8. ***Apa yg anda nak capai? Saya tidak faham…sangat bahaya nih…dah boleh agak apa yg akan berlaku. 😂

9. Kajian literatur anda hanya sekadar summary dari dapatan kajian lepas dan tidak dibincangkan secara kritikal, kenapa?

10. Terdapat pelbagai versi objektif di setiap seksyen, kenapa dan yg mana satu yg betul?

11. Adakah anda fikir bahawa kajian anda telah mencapai tahap Ph.D sedangkan hasilan serta menafaat kpd pendokong polisi, masyarakat dan ilmu tidak seberapa? Jelaskan 😂

Memang kadang2 ada calon Ph.D upah org utk buat analisa data, dan masalah timbul bila viva voce exam sebab calon Ph.D tidak mahir dlm bahagian berkenaan. Saya syor supaya calon Ph.D yg buat segalanya. Baru faham betul…

WaAllhualam. Selamat berjaya.

Penilai
Queensland University of Technology, Australia
Annamalai University, India
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Utara Malaysia
SEGi University
International Islamic University

[Prof. Madya Dr. Norzaidi Md Daud, UiTM]

Penerbitan yang tidak lagi diindeks dalam Scopus

Scopus telah mengeluarkan senarai terkini (kemaskini 26 Mac 2018) bagi jurnal-jurnal yang tidak lagi diindek oleh Scopus (Discontinued sources from Scopus). Mohon agar semua penyelidik dapat membuat semakan terlebih dahulu, sebelum menghantar artikel bagi tujuan penerbitan. Senarai penuh di   https://www.elsevier.com/?a=212275

Ada antara jurnal yang tersenarai merupakan jurnal yang menjadi pilihan penyelidik UTM (berdasarkan senarai penerbitan berindek 2017) – senarai pendek  adalah seperti di bawah. Oleh itu, sebarang penerbitan yang diterbitkan dalam keluaran SELEPAS yang dinyatakan dalam column FINAL COVERAGEtidak lagi diindek dalam Scopus. Manakala, penerbitan yang diindeks SEBELUMNYA, akan kekal di dalam Scopus.

Syahranah A. Raqi
Pustakawan Kanan / Senior Librarian
Perpustakaan UTM / UTM Library
Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah
Universiti Teknologi Malaysia
81310, UTM Johor Bahru

 

Office:+607 553 0027

Health and Wellness Seminar 2018

Kumpulan penyelidikan Operation & Business Intelligent (OBI) dari UTM AIS akan menganjurkan “Health and Wellness Seminar” pada hari Sabtu (14 April 2018). Kepada yang berminat boleh hubungi Dr Nor Azaliah (019-6499394) untuk maklumat lanjut.

PROGRESSIVE MALAYSIA 2050 TRENDS AND ATTRIBUTES MAP

Sumber: https://thepetridish.my/2017/11/23/envisioning-malaysia-2050/

 

Envisioning Malaysia 2050

 

Sourse: https://issuu.com/asmpub/docs/envisioning_malaysia_2050_foresight

 

BENGKEL PENULISAN BUKU PENYELIDIKAN SIRI1 2018 : 4 APRIL 2018 : UTM KUALA LUMPUR

***************************************************

Tarikh       : 4 April 2018 (Rabu)

Masa        : 8.30 pagi – 5.00 petang

Lokasi      :  Bilik Ilmuan 2, Aras 2, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

Dibimbing oleh: 

Prof Dr Mohammad Nazri bin Mohd Jaafar

***************************************************

TENTATIF PROGRAM

Masa Aturcara
8.00 am – 8.30 am Pendaftaran
8.30 am – 9.00 am Ucapan aluan

Prof. Dr. Rosli bin Md Illias

(Dekan Health & Wellness RA)

9.00 am – 10.00 am Pengenalan kepada penulisanbuku penyelidikan
10.00 am – 10.30 am Rehat (minum pagi)
10.30 am – 12.30 pm Kaedah, proses dan cabaranmenghasilkan buku penyelidikan
12.30 pm – 1.00 pm Pengurusan Manuskrip
1.00 pm – 2.00 pm Rehat
2.00 pm – 4.30 pm Mengenalpasti dan menilai bahanuntuk dijadikan buku penyelidikan
4.30 pm Bersurai

BENGKEL PENULISAN BUKU PENYELIDIKAN SIRI1 2018 : 4 APRIL 2018 : UTM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

BENGKEL PENULISAN BUKU PENYELIDIKAN SIRI 1 2018.

 

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

Dimaklumkan bahawa Task Force Penulisan dibawah Health & Wellness Research Alliance dengan kerjasama Institute For Vehicle Systems and Engineering (IVeSE) akan menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018 sebagaimana berikut:

 

Tajuk        :  Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018

 

Tarikh       : 4 April 2018 (Rabu)

 

Masa        : 8.30 pagi – 5.00 petang

 

Lokasi      :  Bilik Ilmuan 2, Aras 2, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

 

Dibimbing oleh: 

 

Prof Dr Mohammad Nazri bin Mohd Jaafar

 

SINOPSIS KURSUS:

 

Satu daripada sumber manuskrip yang utama dalam penerbitan ilmiah ialah tesis, iaitu latihan ilmiah yang disediakan penulis untuk memperoleh sesuatu ijazah. Namun persembahan tesis berbeza dengan buku. Pembaca tesis ialah dua atau tiga orang pemeriksa yang pakar dalam bidang, sementara pembaca buku ialah seramai mungkin pembaca yang bukan pakar. Justeru, usaha perlu dilakukan oleh penulis untuk mengubah suai persembahan tesis supaya sesuai memenuhi keperluan buku.

 

Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan ini diadakan untuk melatih para peserta secara teori dan amali tentang aspek pemindahan tesis ke buku. Peserta akan dibimbing untuk mengubah audiens, cara persembahan, gaya penulisan dan membuang elemen yang tidak perlu, sementara menambahkan elemen yang perlu supaya tesis dapat diterbitkan sebagai buku penyelidikan.

 

Pada akhir bengkel, para peserta diharap dapat memperoleh pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk memindahkan tesis masing-masing ke buku.

 

Kursus ini sesuai diikuti oleh para pensyarah, tutor, penyelidik dan orang ramai yang berminat untuk mengongsikan ilmu yang diperoleh daripada tesisnya kepada sejumlah pembaca yang lebih luas; di samping untuk membolehkan peserta memiliki buku ilmiah tulisan sendiri.

 

Janganlah biarkan tesis anda di perpustakaan sahaja. Terbitkanlah untuk memberi manfaat kepada orang lain.

 

 

TENTATIF PROGRAM

Masa Aturcara
8.00 am – 8.30 am Pendaftaran
8.30 am – 9.00 am Ucapan aluan

Prof. Dr. Rosli bin Md Illias

(Dekan Health & Wellness RA)

9.00 am – 10.00 am Pengenalan kepada penulisan buku penyelidikan
10.00 am – 10.30 am Rehat (minum pagi)
10.30 am – 12.30 pm Kaedah, proses dan cabaran menghasilkan buku penyelidikan
12.30 pm – 2.00 pm Rehat
2.00 pm – 4.30 pm Mengenalpasti dan menilai bahan untuk dijadikan buku penyelidikan
4.30 pm Bersurai

 

 

Kumpulan Sasaran:

Pensyarah
Pelajar
Penyelidik
Individu yang terlibat dengan penyelidikan

Penyertaan terhad kepada 50 orang peserta pertama sahaja. Sila daftar sebelum 1 April 2018 

 

Koordinator Program:

 

Nur Arbainah binti Shamsul Annuar (017-7109890 – email : nurarbainah@utm.my)

Mazlan bin Said (013-7797846 – email: mazlan-s@utm.my)

Nadzlin binti Mohd Puad (email : nadzlin@utm.my)

 

  1.   Tuan/puan digalakkan menbuat pengesahan kehadiran di google formyang disertakan. Sila Klik pautanGoogle Form ini —–> Borang Penyertaan Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

 

Nur Arbainah Binti Shamsul Annuar
Research Officer

Health & Wellness Research Alliance
Office of Research Alliances

2nd Floor, Sultan Ibrahim Chancellory Building

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM JOhor Bahru

07-5531034
nurarbainah@utm.my

An Academic Research Writing: Becoming a Successful Writer

Semalam saya telah menghadiri bengkel di atas.

Penceramah yang disampaikan oleh Prof Dr. Rosli Bin Md Illias sangat baik sekali. Terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

Beliau menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk menulis di Q1. But writing is better then nothing. At the end of the day.. Tulis dan hantarlah ke mana pun asalkan menulis. Sebab tu Prof Fauzi (UTM) dan studentnya masih aktif menulis walaupun dalam Jurnal Teknologi sebab beliau amat menggalakkan pelajarnya menulis.

Bahan dari ceramah dikongsi di sini: (pdf)

Slide for scholarly writing_impVer1

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH KERJASAMA TEKNIKAL DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN JEPUN BAGI TAHUN KEWANGAN 2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof/ Prof Madya/Dr.

Dengan segala hormatnya adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (SATREPS) bagi tahun kewangan 2018. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mewujudkan satu jaringan kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu-isu global di dalam bidang sains dan teknologi.

3. Sehubungan dengan itu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berminat perlulah mengemukakan cadangan projek / penyelidikan baru untuk dipertimbangkan bagi tahun kewangan 2018. Penyelidik UTM yang berminat perlu menghantar borang permohonan lengkap (hardcopy) dan emelkan softcopy kepada RMC (m.amirulnizam@utm.my atau eitaeusof@utm.my) sebelum atau pada 10 September 2017 (Ahad) untuk tindakan kami sebelum dikemukakan kepada pihak JPT, KPT.

4. Bersama-sama ini disertakanSurat Makluman Pembukaan Permohonan SATREPS, Format Permohonan seperti di Lampiran A, Garis Panduan Kerjasama Teknikal (Needs Survey Guidance) SATREPS di Lampiran B dan Senarai Permohonan SATREPS 2018 seperti di Lampiran C untuk makluman dan tindakan YBhg. Prof/ Prof Madya/Dr. selanjutnya.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi pegawai di RMC – En. Amirul Nizam/Pn. Raja Rozita (ext 37822) atau pegawai di JPT yang berkenaan, Puan Siti Fazlina binti Mohd Sani di talian 03 – 8870 6959.

Sekian, terima kasih.

Hartini binti Darsono
Deputy Registrar
Research Management Centre
UTM, Johor Bahru
Tel: 07-5537837

RMC Portal : http://rmc.utm.my

RMC Facebook : http://www.facebook.com/tmcutm

RADIS : http://radis.utm.my/rmc/

RMC Helpdesk : http://rmconline.utm.my/Helpdesk.html

Bengkel Literasi Media & Maklumat Perdana

Pada 15 Ogos 2017 (Selasa), Bengkel Literasi Media & Maklumat PErdana telah dijalankan di Perpustakaan Negara.

Ahli penyelidik daripada UTM AIS telah menghadiri majlis perasmian tersebut.

Dr. Rosmah Ali (Ketua Projek) Ahli kumpulan: PM Dr. Nor Zairah, PM Wardah, Dr. Rasimah, Dr. Huda, Dr. Norziha dan Dr. Roslina.

 

       

 

  Perasmian e-LMM