Tips untuk kekal istiqamah

  1. Mujahadah – lawan sehabis tenaga. Bantuan Mujahadah; pesan orang lain untuk tolong bangunkan kita, buat analisis log tidur – tidur awal, jam loceng, hukum diri (e.g masuk tabung masjid RM20 kalau bangun lewat).
  2. Riadah – biasakan dan biasakan. Alah bisa tegal biasa. Sehingga diri rasa guilty concious sehingga hendak tidur pun rasa bersalah.
  3. Perlu ada guru dan jemaah pengajian untuk membantu istiqamah.

Ubat Hati Yang Lalai

Lalai ialah ghuflah. Iaitu lupa daripada mana kita datang, buat apa kita di dunia ini dan ke mana kita akan pergi akhirnya. Jadi hati akan sibuk dengan dunia. Walaupun tahu kita datang daripada Allah dan tahu juga kita akan kembali kepada Allah namun hati tidak mahu atau tidak mampu sedar keadaan itu. Sakit hati yang lalai ini lebih bahaya daripada sakit fizikal kerana sakit fizikal akhirnya sedar akan mati tetapi sakit hati yang lalai terus tidak sedar mati sehingga akhirnya tiba-tiba mati.

Diantara ubat hati yang lalai ialah:

  1. Mencari sahabat yang baik – yang mampu mengingatkan kita ketika lalai dan membantu berbuat kebaikan ketika kita ingat.
  2. Sentiasa melazimi astaghfirullah dari hati. Mengenang dengan benar dosa dan mohon keampuan atas dosa tersebut.
  3. Mendekati orang-orang soleh – melawat mereka, hadir hampir kepada mereka (contoh, masjid, majlis ilmu, perkumpulan orang-orang soleh), mohon doa daripada mereka.
  4. Berdakwah untuk memberi kekuatan hati bukan menunggu baru ada kekuatan baru berdakwah. Namun, nilai dahulu potensi diri. Umpama – berenang untuk menyelamatkan orang yang lemas. Andaikata memang perenang handal – silalah terjun di air dalam tetapi andai masih perenang novice, mungkin hanya mampu untuk selamatkan anak kecil di swimming pool dengan kedalaman 1.2 meter sahaja.
  5. Berilmu dan beradab. Berapa ramai orang yang berilmu tetapi tetap lalai kerana tidak beradab.

Dengarkan untuk pemahaman yang lebih terang dan bermakna daripada Pahrol Juoi di sini https://www.youtube.com/watch?v=SCHXTs6Fvtc