Predicting Mental Illness among High School Students in Malaysia.

Based on National Health Morbidity Survey 2017 (NHMS 2017) by the Health Ministry’s Institute for Public Health (IPH) 2017, high school students in Malaysia are at risk for mental health problems. The results from the studies show that 18.3% high schoolers are suffering from depression, 39.7% have anxiety and 9.6% dealing with stress.

This is a master project by Aizat Nuruddin. He is predicting Mental Illness among High School Students in Malaysia. Using Data from National Health and Morbidity Survey (NHMS 2012). Hopefully the symptoms and factors identified can help alarming the situation.

https://youtu.be/lnfeuFanmmo

Coordinator for Masters’ Project

Dr Nilam Nur Sjarif adalah merupakan koordinator bagi semua projek master (MANB, MANQ, MANA, MANS) di Jabatan Informatik Termaju. Ini adalah jawatan baru yang akan memastikan integriti dan keadilan dalam pengagihan beban setiap penyelia.

  1. Registration form – Pelajar akan diberi proposal form dan mereka perlu hantar tajuk dan proposal pelajar yang ditandatangani oleh penyelia. Impak – SV in-the-know.
  2. Progress Report form – maksimum 4 kali pertemuan yang perlu ditandatangani – kalau lebih tiada masalah. Impak – wajib perjumpaan dengan SV.
  3. Consent form – minggu ke-10 perlu ada persetujuan SV untuk mengesahkan keupayaan pelajar menghantar laporan akhir.
  4. Minggu ke-13 untuk penghantaran laporan akhir beserta dengan turnitin.
  5. MInggu 14-15 lock untuk presentation project 2 dan 1.

Sesi Sua Mesra YBrs Dekan FTIR

YBrs Prof Madya Dr Astuty Amrin dilantik menjadi dekan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak secara rasminya pada 17 Julai 2019. Berdasarkan pengalaman beliau di SPS dan akademik, dengan sokongan dua hero TDA dan TDPIPA yang gagah perkasa, insya Allah beliau menyampaikan rasa keyakinan dan besar hati untuk menerajui FTIR. Beliau adalah orang yang sangat rajin bekerja dan berintegriti. Itu adalah kekuatan utama beliau. Sekiranya beliau tidak tahu, beliau akan belajar. Sekiranya tahu beliau akan kongsi bersama orang lain.

Diantara harapan dan halatuju Razak.

  • Perkasakan Sinergi 4.0.
  • Kukuhkan Core Business (akademik)
  • Kenaikan pangkat & succession planning
  • Tingkatkan enrolmen

Alhamdulillah, Jabatan Informatik Termaju jelas perpaduannya. Itu kekuatan utama. 54% daripada staf akademik berusia antara umur 40-49 tahun. Matang dan paling produktif membuat kerja akademik, mudah pula untuk succession planning. Kepakaran setiap ahli akademik hendaklah diambil kira daripada sarjanamuda, sarjana, phd dan seterusnya bidang penyelidikan semasa yang diceburi. Jumlah pelajar penyelidikan 129 orang dan 209 pelajar baru, dekan mengingatkan para akademik untuk menyelia pelajar dengan lebih berintegriti, supportive dan bertimbangrasa. Beberapa peringatan daripada Dekan ialah:

  1. Pelajar kurang daripada 2 baki semester hendaklah NHT (notis hantar tesis) dengan kadar segera.
  2. Semester terbaik untuk Pelajar PD ialah pada semester 3.

Dekan Do’s
1. Profesionalism & Disiplin – waktu kerja, cara berpakaian, peraturan mengguna kenderaan dan arahan bertukar bilik.
2. Etika & integriti – AP59, etika sosial, menjaga nama baik Fakulti dan UTM, kepakaran yang sebenar.

Dekan Dont’s
1. Penyebaran maklumat tidak benar.

Pengajaran Tentang Masa dalam Surah Al-Asr & Al-Fajr

Pagi ini, PM Dr Shahidan menyampaikan tazkirah ringkas tentang pentingnya masa. Pengajaran yang dipetik dalam surah al-asr (waktu asar yang sibuk dengan kerja) dan al-fajr (waktu subuh yang susah nak bangun).

Yes, I like my boss PM Shahidan. He is a simple guy – talks like father, full of hikmah and prioritize syura. I can feel that he speaks from heart to others’ heart. Straight forward and sincere.

Dalam surah al-Asr, Allah menerangkan bahawa sesungguhnya demi masa ramai orang yang kerugian – Innal insana la fi Husr. Justeru dalam kehidupan, banyak idioms tentang masa. Ada orang tak cukup masa, ada orang lebih masa, ada orang buang masa, ada orang curi masa, ada orang beri masa. Yang paling bahaya sekiranya masa kita berkait dengan masa orang lain. Contoh paling mudah ialah apabila kita tidak menepati masa dalam mesyuarat, orang terpaksa menunggu untuk mulakan perbincangan – itu namanya kita mencuri masa orang lain (Allahuakhbar baru perasan kita bukan sahaja merugikan masa sendiri tetapi sehingga mencuri masa orang lain). Yang paling bagus ialah kita beri masa – beri masa dengan mendengar masalah orang lain, beri masa kepada masjid dan surau, beri masa untuk membantu orang lain.

Dalam kita cuba menghargai masa – ingat untuk Watawa saubil haq – Berdakwah dengan kecil-kecilan – anak-anak dan suami. Juga jangan lupa Watawa saubis sob – penuh dengan kesabaran

RMC-UTM International Relations Unit

Sila rujuk ke sini bagi mengetahui lebih lanjut tentang International Research Grant. Boleh mendaftar sekiranya berminat di google form ini. The keyword for international grants – please be more proactive and ensure the benefit and giving back research to the society.

Ms Noraziean Hashim (PP) dan Puan Siti Rahimah – boleh hubungi di internationalscouting.rmc@utm.my

Pn Rahimah berkongsi tentang peluang-peluang yang ada semasa menghadiri European Research Day (taklimat pada 27 Ogos 2019 di Universiti Malaysia). Diantaranya ialah:

  1. Euracess -thousand grants from 44 european company.
  2. Newton-Ungku Omar Fund
  3. Erasmus – hubert Curien Partnership Program.

How to build an international research network

  1. Join network – sila berhubung dengan Dr Farahadiana bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang network UTM yang sedia ada.
  2. Attend Conference – contact speakers/presenter prior conference
  3. Communication – proactive, approach new contact. Know exactly potential collaborator needs, tolong jangan syok sendiri
  4. Realistic network – look for reachable potential collaborator – thinking of SME too
  5. Increase visibility – update website, blog, publication and citation
  6. Appropriate research – fit research with potential collaboration need, attraction to industry.

How to prepare good research proposal

  1. Interesting ideas – unique and not common
  2. Useful research output – benefits to community not only paper publication (show how we can give back to the society)
  3. Structured proposal – realistic time monetary and output – e.g caps 50K, then the bajet janganlah dekat sangat dengan 50 tu, please be more realistik.
  4. Review – proof read and peer review helps to reduce mistakes
  5. Language – appropriate language and writing style.

Perolehan Kewangan bagi Geran UTM

En Mun’im ialah speaker petang ini. Beliau merupakan pegawai kewangan W41 di RMC, UTM.Beberapa isu cabaran bayaran yang sering berlaku bagi bayaran Geran Universiti ialah:

  1. Aktiviti geran mesti mendapat kelulusan daripada pihak RMC. Nyatakan berapa banyak dan pastikan ikut prosedur terbaru.
  2. Tuntutan pastikan tidak melebihi 3 bulan.
  3. Elakkan membuat pembelian secara pecah kecil
  4. Penyelidik tidak up-to-date terhadap peraturan & garis panduan dari masa ke semasa.
  5. Pastikan maklumat bank penerima lengkap dan aktif – bagi pelajar luar negara, sekiranya tidak renew visa dan tidak dimaklumkan di bank, maka bank akan tutup akaunan
  6. Penyelidik kurang mahir menggunakan sistem kewangan.
  7. Isu terimaan – pemaklumna kemasukan data ke UTM tidak diterima. Follow up ASAP dengan RMC.
    Isu teknikal – sistem TMFin masih belum stabil menyebabkan masalah teknikal untuk agihan dan pelaporan.

Aset, Inventori dan Penyelenggaraan

  1. Harta – B35000
    1. Kos harta bernilai lebih RM3000
    2. Perlu isi Borang Key.PA-2 (warna pink).
    3. Jika alat ditempatkan diluar UTM – ketua projek perlu mengisi KEW.PA-9A) dan borang Pergerakan Harga (KEW.PA-6).
    4. Pembelian melebihan RM5,000 perlu melalui unit perolehan.
  2. Inventori – B36000
    1. Harga bernilai lebih RM500
    2. Perlu isi Borang KEW.PA-
  3. Selenggara – B2800
    1. Daftar Penyelenggaran harta tetap KEW-PA-14

Pelupusan Aset Penyelidikan

  1. Pertukaran hak milik – bagi aset di bawah geran yang masih aktif
  2. Pelupusan – dd
    1. Lupus beli
    2. lupus musnah
    3. lupus hadiah
    4. lupus pindah – serahkan kembali ast penyelidikan kepada penaja diletakkan dikawasan yang dinyatakan dalam proposal geran penyelidikan.
  3. Pemindahan Aset – bagi geran tamat (terutamanya bagi yang nak pencen memang sangat perlu update).