Pengesahan Jawatan di Universiti Teknologi Malaysia (akademik)

Pengesahan Jawatan di UTM adalah dalam tempoh 1-3 tahun:

Dengan syarat 3 tahun berturut-turut dapat average eLPPT 80%.
Dengan syarat 2 tahun berturut-turut dapat average eLPPT 85%.
Dengan syarat 1 tahun berturut-turut dapat average eLPPT 90%.

Dan telah mengikuti program berkenaan.

  1. Program Transformasi Minda diadakan 2 kali setahun. Dalam tempoh 5 hari. Diadakan di UTM JB (6-10 Ogos 2017)
  2. Syarat tambahan – SPPT (Sijil Pengajaran Pengajian Tinggi). Anjuran UTM Lead. Bagi staf akademik sahaja (done – 9-26 Julai 2017)
  3. Peperiksaan perkhidmatan – akademik tidak perlu. (no need)
  4. Penilaian prestasi tahunan (eLPPT) – https://hffin.utm.my/smuhr – refer 1-3 tahun formula seperti di atas.
  5. Perakuan ketua jabatan – pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau manamana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan untuk bertindak bagi pihaknya. Ketua jabatan boleh untuk tidak memperakukan pengesahan jawatan staf dibawah seliaannya jika prestasi tidak memuaskan.

Setelah Sah jawatan – akan dapat jawatan tetap, kemudian boleh pilih untuk caruman KWSP atau Skim pencen.

  1. Pencen
    • Pencen – dapat pencen bulanan dan faedah persaraan, GCR, faedah perubatan percuma untuk pesara dan tanggungan.
    • Pencen minimum 40 tahun, maksimum 60 tahun. 40 tahun ke atas boleh bersara pilihan – tetapi pencen hanya akan dapat apabila mencapai umur 55 tahun.
    • Pencen UTM sama mengikut pekeliling kerajaan.
  2. KWSP
    • KWSP – faedah persaraan, GcR, Faedah perubatan percuma untuk pesara, caruman KWSP anggota dan kerajaan, bantuan kematian RM2500 sekaligus, hilang upaya RM 5000 sekaligus

Jenis-Jenis Cuti bila bekerja di UTM

Jenis-Jenis Cuti bila bekerja di UTM
Umumnya, jenis-jenis cuti di UTM adalah sama dan tertakluk kepada cuti dalam perkhidmatan kerajaan. Justeru, untuk maklumat lanjut – boleh rujuk pekeliling am yang berkaitan.

  • Cuti rehat – cuti bergaji penuh
    • Dapat 35 hari? – in my case dah dapat 35 hari. Call ext 4615 (please follow up this matter)
    • Cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan – GCR.  Maksimum 150 hari (PP 18/2008).
  • Cuti Sakit
    •  ikut pekeliling kerajaan
    • sekiranya sijil sakit swasta lebih daripada 15 hari akan dikenakan potong gaji.
  • Cuti tanpa gaji
    • Syarat minimum 6 bulan perkhidmatan.
    • 30 hari bagi setiap satu tahun perkhidmatan
    • urusan persendirian yang mustahak di dalam dan diluar negara dengan tidak menjejaskan
    • CTG – tidak mengira GcR, tempoh layak untuk AJB (Anugerah Jasa Bakti) dan AJS (Anugerah Jasa Setia), kekananan, tamahan cuti apabilan genap 10 tahun perkhidmatan.
    • Maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan.
  • Cuti separuh gaji
    • Menjaga keluarga yang sakit (sanak-saudara yang rakat – pasangan, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik).
    • 30 hari bagi genap perkhidmatan 1 tahun.
    • Maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan.
  • Cuti menjaga anak 
    • tidak melebihi 1825 hari (5 tahun) sepanjang perkhidmatan.
    • Sekiranya tidak bersambung dengan cuti bersalin – boleh ambil dengan maksimum 1 tahun atau anak berumur 4 tahun – mana yang terdahulu.
    • Sekiranya bersambung dengan cuti bersalin – boleh ambil maksimum 1825 hari (5 tahun).
  • Cuti haji
    • 40 hari sepanjang tempoh perkhidmatan
    • islam, berjawatan tetap dan disahkan dalam jawatan.
    • Sekiranya belum sah jawatan – boleh ambil cuti rehat atau CTG
  • Cuti mengikut suami bertugas di luar kawasan
    • Kepentingan untuk berada bersama pasangan
    • Kadar maksimum 3 tahun atau selamat tempoh berkhidmata berkursus pasangan pegawai mana yang lebih pendek.
    • Boleh guna untuk suami pergi further study.
  • Cuti Kuarantin
    • anak menghidap penyakit berjangkit – campak, chicken pox, demam campak, denggi, HFMD.
    • Terhad 5 hari atau selama tempoh perakuan – mana yang terpendek.
  • Cuti Tanpa rekod
    • 30 hari setahun  bagi tujuan menghadiri latihan atau khemah tahunan. Syarat (askar wataniah, pasukan simpanan)
    • Cuti untuk mengambil peperiksaan (SPA)
    • Cuti menghadirian mesyaurat persatuan ikhtisas
    • Cuti untuk mengambil bahagian dalam olahraga, suka
    • Cuti isteri bersalin – 7 hari setiap kali isteri bersalin x 5 kali sepanjang perkhidmatan.
    • 3 hari – cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat (family + Parents + FIL + MIL)
    • Kecemasan am – banjir, tanah runtuh (perlu pengesahan daripada penghulu, balai polis berdekatan.

Kelayakan Perubatan Staf UTM

A. Klinik Panel

  • Terdapat 54 Klinik panel di JB dan 48 klinik di Kuala Lumpur – hanya tanggung suami dan anak-anak sahaja.
  • Setiap staf dibenarkan memilih 2 klinik panel sahaja. Selain daripada klinik panel ini, maka staff hendaklah membuat bayaran sendiri – tidak dibenarkan claim semula.
  • Setiap kali ke klinik, caj rawatan maksimum untuk setiap orang ialah RM 50 sahaja.

    B. Klinik UTM
  • Berdekatan dengan Banglo Biru
  • FOC dan tiada had
  • 8.00 – 5.00 petang sahaja.

C. Klinik pergigian 

  • Maksimum RM500 (staff + pasangan + anak-anak sahaja)
  • Boleh pergi mana-mana klinik gigi yang berdekatan dengan rumah.
  • Download borang rawatan daripada laman web UTM
    Hantar borang untuk claim di Pejabat Pendaftar.

    D. IJN, Hospital Mata Tun Hussein Onn

  • GL hanya boleh diperakukan di Pejabat Pendaftar sahaja.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Pn Norhafizah Nordin – ext 4231