Jungle & River Trekking PERTISAS 2019

Aktiviti tahun baru. Bawa satu keluarga join trekking di Hutan Rekreasi UTM. Mulanya 2 km jer, bila dah sampai ke persimpangan jalan terus ambil keputusan untuk teruskan perjalanan ke Balai Cerapan.

Boleh tahan juga semputnya haha. Nampak sangat badan dah berat. Kena plan untuk fitness nampaknya nie.

Apapun, aktiviti pembuka semangat tahun baru 2019 yang terbaik. Syabas dan terima kasih kepada penganjur. Moga dapat join lagi untuk aktiviti seterusnya.

   

Mudahnya bersedekah

Singgah isi minyak di Petron PLUS Skudai. Tak sengaja terpandang seorang budiman melambai-lambai petugas stesen yang kelihatannya tadi telah membersihkan windscreennya.

Dihulurkan gulungan kertas dan berlalu dengan pantas. Terkejut petugas tersebut lalu membuka gulungan dan kelihatan kepingan hijau. Tersenyum riang kelihatannya.

Ya Allah, mudahnya nak bersedekah. Note RM5 mungkin kecil bagi kita tetapi besar bagi mereka.

Moga istiqomah  untuk menjemput rezeki dengan menambah sedekah.

Majlis Anugerah Permata Gemilang 2018

Teruja mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Permata Gemilang 2018 anjuran Pejabat Pendaftar.

Terlibat dengan Sistem Paparan Nama Penerima Anugerah yang bertanding di bawah kategori Anugerah Inovasi (Kumpulan). Walaupun tidak menang, tersenarai sebagai finalis pun sudah cukup mengembirakan.

Moga ada lagi peluang untuk terlibat dengan inovasi baru.