FRGS 2018

No automatic alt text available.

GUP TIER 1 and 2 UTM 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada semua Penyelidik

Pembukaan permohonan – Geran Universiti Penyelidikan (GUP) Tier 1 & Tier 2 Fasa 1/2018

Dimaklumkan permohonan bagi Geran Universiti Penyelidikan (GUP) Tier 1 dan Tier 2 Fasa 1/2018 telah dibuka. Tempoh permohonan adalah pada 1 hingga 31 Oktober 2017.

 Semua permohonan perlu dihantar secara atas talian melalui sistem RADIS https://radis.utm.my sebelum 31 Oktober 2017 (Selasa)

Kriteria :

 Tier 1

Kriteria permohonan adalah seperti berikut :

·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM.
·         Bilangan minimum keahlian dalam projek penyelidikan ini adalah DUA (2) orang staf akademik termasuk KetuaProjek.
·         Peruntukan maksimum RM 50,000.00 (S&T) & RM30,000.00 (Non S&T)
·         Permohonan perlu  berkonsepkan  penyelesaian  masalah  industry/komuniti/agensi kerajaan.
·         Pemohon perlu menyertakan bukti kolaborasi seperti surat atau email rasmi setuju kerjasama daripada rakan industri/komuniti/agensi kerajaan/antara bangsa.
·         Rakan industri/komuniti/agensi kerajaan/antarabangsa digalakkan untuk memberi sumbangan berbentuk tunai atau ‘in-kind’.
·         Tarikh mula projek pada  1 Februari 2018
·         Tempoh projek : 24 bulan, pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh projek


Tier 2

Kriteria permohonan adalah seperti berikut :

·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM.
·         Bilangan minimum keahlian dalam projek penyelidikan ini adalah DUA (2) orang staf akademik termasuk KetuaProjek.
·         Peruntukan maksimum bagi RM20,000.00 (S&T) & RM10,000.00 (Non S&T)
·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik UTM (tetap & kontrak) yang TIDAK mempunyai geran aktif pada tahun semasa (Ketua Penyelidik baru).
·         Tarikh mula projek pada  1 Februari 2018
·         Tempoh projek : 12 – 15 bulan, pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja bagi projek 12 bulan (maksima 3 bulan). Tiada perlanjutan tempoh dibenarkan       bagi projek 15 bulan.

Proses penilaian proposal akan dijalankan secara atas talian melalui sistem RADIS, bermula 8 November hingga 15 Disember 2017. Dalam tempoh ini, penyelidik adalah diminta untuk mengambil perhatian pada sebarang emel daripada RADIS, membuat pembetulan proposal mengikut komen dari panel dan membuat penghantaran semula dalam sistem RADIS.

Bersama-sama ini disertakan garis panduan Tier 1 dan Tier 2 Fasa 1/2018 sebagai rujukan.

Sekian terima kasih,

Malaysian Tehcnical Standards Forum Bhd.

Funding Organization Name of Grant Deadline
Malaysian Tehcnical Standards Forum Bhd. Internet of Things Ecosystems 1st July 2017 – 31st July 2017
Smart Sustainable Cities

more at http://www.mtsfb.org.my/grant