Digital Marketing atau dalam Bahasa Malaysia disebut sebagai “pemasaran digital” ialah semua perkara yang melibatkan pemasaran menggunakan elektronik atau internet. Semua bisnes perlu menggunakan medium digital seperti carian google, media sosial (facebook, instagram, twitter, tiktok), emel dan juga laman web.
Waktu sekarang ini terutamanya di Malaysia hampir semua orang mempunyai akses ke internet. Sama ada melalui komputer riba mereka, atau dengan menggunakan telefon pintar mereka. Sebab itulah terma “Maklumat di hujung jari” wujud dan menjadi sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.
Oleh itu, sifat pembeli rakyat Malaysia berubah dengan mendadak sejak 5 tahun lepas. Keputusan seseorang itu untuk membeli apa-apa barang yang diperlukan atau dikehendakinya sangat dipengaruhi dengan apa yang mereka lihat di telefon pintar mereka.
Digital Marketing ialah satu cabang besar dalam marketing dan perlu digunakan sebaiknya bagi sebuah bisnes kerana terdapat trafik yang begitu tinggi untuk pengguna yang mengunakan internet.
Untuk membina sebuah bisnes yang boleh bertahan lama dalam pasaran, anda perlu tampil lebih meyakinkan dan lebih kerap di mata pelanggan anda. Bagaimana untuk melakukan ini? Orang putih kata “online presence“, atau lebih mudah difahami, anda perlu berada di mana pelanggan anda selalu berada; iaitu di internet!
Untuk permudahkan konsep digital marketing ini, terdapat beberapa contoh umum, antaranya:
- Media Sosial (Social Media Marketing)
- Search Engine (Google search)
- Paid Ads (Iklan Berbayar)
- Email Marketing
Terdapat beberapa taktik marketing yang dipraktikkan dalam pasaran. Anda boleh lihat dalam senarai taktik di bawah.
- SEO
- Content Marketing (By education)
- Social Media Marketing
- Pay-per-klik
- Funnel
- Email marketing
- Viral
Bagi saya, sebuah bisnes WAJIB menggunakan digital marketing dalam bisnes mereka. Penjualan secara tradisional semakin lama semakin berkurang dan lebih ramai mengembangkan bisnes mereka secara online. Anda boleh membuat semua taktik dan teknik digital marketing ini sendiri kerana anda boleh pelajarinya dengan mudah melalui youtube atau google.