Jika merasa Penat,
Belajarlah untuk Berehat,
Bukan untuk terus Berhenti

Ain

Hidayah

“Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.”

                                                                                                                                                                                 -Imam Syafi’i-

Sejarah Penubuhan UTM

Sejarah penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada tahun 1904. Uniknya, UTM bermula dari sebuah sekolah teknik yang dikenali sebagai Sekolah Teknik Treacher di Weld Road, Kuala Lumpur yang mengambil sempena nama Sir William Treacher, Residen General Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Hasrat penubuhan sekolah ini pada awalnya adalah untuk melahirkan tenaga kerja dalam bidang teknikal iaitu Pembantu Teknik untuk berkhidmat di Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keretapi, Tanah Melayu. Pada tahun 1942 Sekolah Teknik Treacher telah dinaikkan taraf menjadi Maktab Teknik pada tahun 1951. Maktab ini telah dipindahkan di kawasan seluas 47 ekar di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur. Pada 1 Mac 1955 Maktab Teknik yang baru dibuka secara rasmi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Maktab Teknik berperanan sebagai institusi pendidikan dan latihan tunggal negara dalam bidang profesional untuk mengisi jawatan di jabatan-jabatan kerajaan dan seterusnya membangunkan kemudahan infrastruktur negara. Khususnya dalam bidang teknologi dan kejuruteraan di peringkat Diploma.

Dan sehingga sekarang UTM telah melahirkan ramai graduan di peringkat Diploma sehingga ke peringkat ‘Post-doc’.

UTM Skudai

“Kerana Tuhan Untuk Manusia”