ADAB DAN ETIKA

Adab dan etika merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian termasuklah dalam ekosistem akademik. Dalam dunia akademik adab dan etika amatlah dititik beratkan terutama sebagai pensyarah. Seorang pensyarah perlulah menjaga nama baik sendiri, keluarga, jabatan dan juga universiti. Berurusan secara langsung dengan banyak pihak seperti pelajar, rakan sekerja, staf sokongan, pentadbir, pihak industri, dan juga komuniti, pastinya sosok seorang pensyarah itu perlulah menjadi contoh yang baik supaya menjadi teladan buat semua pihak. Ketinggian akhlak seharusnya seiring dengan ketinggian ilmu barulah ilmu itu lebih dihormati.

Etika profesional juga merupakan elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri pensyarah. Pensyarah metupakan pekerjaan yang sangat mulia. Jika seorang penyarah tidak menitikberatkan profesionalisme dalam diri mereka, pastinya kerjaya ini tidak akan dihormati. Etika profesional merangkumi banyak aspek seperti penampilan, tingkah laku, komunikasi, pengajaran penyelidikan dan juga perundingan. jika seorang pensyarah tidak bersikap profesional pastinya banyaklah masalah yang akan timbul yang akhirnya pasti memudaratkan pensyarah itu sendiri.

Dalam era moden sekarang, cabaran yang dihadapi pensyarah berkaitan adab dan etika juga bukannya kecil. Di sinilah kesabaran teruji, keimanan tergugat, keikhlasan tercabar. Cabaran bukan sahaja hadir dari pelajar malah rakan sekerja, pihak atasan mahupun pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung pastinya akan muncul. Jika cabaran bersama pelajar pastinya dengan sikap segelintir yang biadab seakan tidak menghormati atau memperlekehkan pensyarah. Rakan sekerja pula mungkin cabarannya adalah dengan sikap toleransi, beban tugas yang tidak adil atau kurangnya sensitiviti. Dugaan juga boleh datang dalam bentuk lain seperti sogokan, culas, atau pecah amanah. Ini semua antara cabaran yang perlu dihadapi dalam ekosistem akademik. maka amat penting bagi pensyarah mengekalkan integriti dan amanah dalam bertugas di samping menanam sikap sabar dalam diri.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah adab dan etika adalah pensyarah perlulah kekalkan sikap profesional dalam diri. Elakkan terjebak dengan sebarang konflik atau masalah terutamanya ketika bersama rakan sekerja atau pihak atasan. pensyarah perlu bersikap tenang dan matang jika berhadapan dengan kebiadaban pelajar. Nasihati dan beri pengajaran dengan penuh hemah bagi pelajar yang biadab ini. Sekiranya mereka bersikap melampau, majukan hal kepada pihak atasan supaya mereka cakna dengan masalah yang berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya. Bersabar pun bukanlah membabi buta sehingga dipijak, Pelajar yang biadab perlu dikenakan tindakan disiplin sebagai pengajaran.

Selain itu, tanamkan dalam diri pentingnya amanah dan sabar supaya dapat kekal relevan walau diuji. sekiranya kita tahu ada masalah adab dan etika di kalangan rakan sekerja, cubalah untuk membuat perbincangan dengan baik. andai diuji sehingga boleh menjejaskan reputasi, laporkan pada ketua jabatan bagi mengelakkan penyelesaian yang tidak sepatutnya. Paling utama, letakkan Allah dalam hati dan minda, InsyaAllah kita dapat mengatasi cabaran ini.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *