Perkongsian Falak Syari’e Bersama Polisas

with No Comments

Pada 28 Mac 2022 yang lalu, satu sesi perkongsian “Asas-asas Penentuan Waktu Solat” diadakan bersama-sama dengan para pelajar POLISAS. Perkongsian ini disampaikan secara atas talian iaitu melalui
Microsoft Team. Perkongsian ini merupakan satu sesi interaktif yang mana para pelajar dapat bertanya soalan-soalan berkenaan asas-asas dalam menentukan waktu solat. Para pelajar ini merupakan bakal pelajar yang akan/sedang mengambil subjek berkaitan Falak Syarie dan Astronomi di POLISAS.

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2022-09-28-at-9.26.13-PM-1-1024x1024.jpeg

Antara topik yang disampaikan di dalam perkongsian ini adalah a) pengenalan Falak Syarie, b) dalil-dalil berkaitan dengan waktu solat, c) pergerakan matahari dan waktu solat, dan d) pengiraan waktu solat. Penerangan berkenaan pergerakan matahari sangat penting untuk disampaikan kerana ianya sangat berkait rapat dan merupakan salah satu elemen penting dalam pengiraan waktu solat. Ini juga amat bertepatan dengan hadis-hadis yang menerangkan tentang bayang matahari dalam menentukan waktu Zuhur dan Asar terutamanya. Penutup diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pelajar.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua para pendengar. Terima kasih kepada En Asrul daripada POLISAS yang sangat banyak membantu dalammemudahkan urusan saya dan Dr Othman Zainon dalam perkongsian ini.

Sekian.