Doa Jauh Dari Pelbagai Keburukan

Doa Jauh Dari Pelbagai Keburukan

وَعَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ رضى الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ, وَالْأَعْمَالِ, وَالْأَهْوَاءِ, وَالْأَدْوَاءِ

Daripada Qutaibah bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca doa: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat. (Sunan Tirmidzi no 3591) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan agar dijauhi daripada sesuatu yang buruk.

2. Dalam kehidupan kita, pelbagai akhlak buruk, amal buruk, nafsu buruk serta penyakit berat yang mungkin akan menjadi tabiat dan dimiliki oleh seseorang.

3. Rasulullah SAW mengajar kita agar memohon untuk dijauhi dan jangan didekatkan dengan:

– Akhlak buruk seperti sifat sombong, hasad, dengki, kedekut, suka berburuk sangka dan sebagainya.

– Amal buruk yang berkaitan dengan anggota tubuh, seperti perbuatan buruk berkaitan lisan, dan tulisan, suka mencaci, suka mencela, memukul orang, membunuh, berzina, merompak dan pelbagai dosa besar.

– Hawa nafsu yang buruk akan menjerumuskan seseorang kepada perkara yang membinasakan, menjadikan seseorang berani untuk melakukan dosa. Firman Allah :

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ

“Terangkanlah kepadaku bagaimana tentang seorang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya?” (QS Al Jatsiyah: 23)

– Penyakit berat yang memudaratkan dan merbahaya seperti kanser, HIV, jantung, strok, Covid dan sebagainya.

4. Namun Rasulullah SAW tidaklah memohon berlindung dengan semua penyakit secara mutlak, kerana ada sebahagian penyakit yang memang bermanfaat. Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah seorang Muslim ditimpa dengan keletihan, penyakit, kekhawatiran (sesuatu yang akan menimpa di kemudian hari), kesedihan, demikian juga gangguan dari orang lain, kegelisahan hati, hingga duri yang menusuknya, kecuali Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya.” (HR Bukhari no 5210)

5. Marilah kita amalkan doa agar dijauhi akhlak yang buruk, amalan yang memudaratkan, hawa nafsu yang buruk serta penyakit-penyakit yang berat:

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلاَقِ
وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاء

Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat

Malaysia Prihatin. Mari Kita Bina Bersama

Kebaikan dan Dosa

Kebaikan dan Dosa عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ … [Continue reading]

Mukmin VS Ahli Maksiat

Mukmin VS Ahli Maksiat عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ … [Continue reading]

Manusia Paling Dicintai & Bermanfaat

Manusia Paling Dicintai & Bermanfaat   عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ وَأَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ … [Continue reading]

Memiliki Cita-Cita Tinggi

Memiliki Cita-Cita Tinggi Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Moga kemerdekaan yang telah kita nikmati di Malaysia selama ini mendidik jiwa agar mampu membebaskan diri daripada belenggu sikap dan akhlak yang menjadikan … [Continue reading]

Tiada Istilah Pencen Buat Muslim

Tiada Istilah Pencen Setiap Muslim perlu sentiasa melakukan amal soleh sebagai bekalan apabila meninggal dunia kelak. Lakukanlah pelbagai amal soleh di setiap kesempatan yang ada. Imam Syafie pernah berkata: طَلَبُ الرَّاحَةِ فِى الدُّنْيَا … [Continue reading]

Teman Rapat

Teman Rapat Hidup bermasyarakat menuntut kita mencari rakan rapat yang soleh. Dengan siapa kita bergaul, menentukan corak dan kehidupan kita. Kata Zainul Abidin Ali ibn Hussain: إِنَّمَا يَجْلِسُ الرَّجُلُ إِلَى مَنْ يَنْفَعُهُ “Sesungguhnya … [Continue reading]

Sahabat Sebenar

Sahabat Sebenar Sahabat akrab kita adalah orang yang mampu menjadikan kita dekat dengan Allah. Sahabat yang rapat dengan kita sentiasa menjadi pendorong menjadikan kita orang yang soleh dan bertakwa kepada Allah. Kata Imam Ahmad Ibn … [Continue reading]

Penyakit Orang Baik

Penyakit Orang Baik Antara penyakit yang perlu dirawat kepada orang yang beramal ialah riya’ (untuk menunjuk atau dilihat manusia ketika beramal) dan sum’ah (beramal agar didengar oleh orang lain). Amal yang dilakukan tidak ikhlas kerana … [Continue reading]

Ganjaran Pahala Haji dan Umrah

Ganjaran Pahala Haji dan Umrah عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ … [Continue reading]