Ciri Akhlak
Menurut Mohd Nasir (2005), akhlak seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku
- Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan atau sebagainya.
- Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.
Al-Jazari (2006) menyatakan apabila jiwa seseorang dididik dengan mengutamakan kebaikan, kebenaran, cinta kepada makruf, suka kepada kebaikan serta dilatih mencintai yang terpuji dan membenci yang tercela, maka sifat tersebut menjadi tabiat yang akan melahirkan perbuatan baik dengan secara mudah tanpa paksaan, dengan demikian seseorang dikatakan berakhlak mulia.