Al-Quran dan hadis tentang tawassut dan i’tidal dalam ibadah
Berikut adalah beberapa contoh:
- Larangan berpuasa dalam keadaan bermusafir jika boleh membawa kepada kemudaratan.
Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa satu ketika Rasulullah s.a.w. dalam sebuah perjalanan. Dia lalu melihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang sedang diberikan teduh. Baginda s.a.w. bertanya: “Ada apa?” Mereka menjawab: “Orang ini sedang berpuasa.” Maka Baginda s.a.w. bersabda: “Bukan merupakan suatu kebaikan berpuasa dalam keadaan musafir.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
- Larangan berpuasa pada kedua `Eid.
- Larangan berpuasa wisal iaitu berpuasa terus-menerus.
- Anjuran untuk berpuasa seperti yang dilakukan Nabi Dawud