Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Puasa yang paling utama di sisi Allah adalah puasa Dawud. Beliau berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) pada keesokan hari.” (Riwayat Muslim).
Hukum-hukum berkaitan dengan ibadah haji juga dibina di atas kemudahan,samahah, tawassut serta I’tidal.
Buktinya ialah:
- Haji hanya diwajibkan bagi mereka yang mampu.
Allah taala berfirman:
“…Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya…” (Ali Imran: 97).
- Kerapkali ketika ditanya oleh para sahabat mengenai sebahagian amalan haji, Rasulullah s.a.w. menjawab, “Lakukanlah, tidak mengapa”.
Abdullah bin `Amr r.a. meriwayatkan:
“Aku melihat Nabi s.a.w. di jamarat ditanya. Seseorang bertanya kepadanya, ‘Ya Rasulullah, saya menyembelih sebelum melontar?’ Beliau menjawab, ‘Lontarlah, tidak mengapa.’ Seorang lagi bertanya, ‘Ya Rasulullah, saya mencukur kepala sebelum menyembelih.’ Baginda menjawab, ‘Sembelihlah, tidak mengapa.’ Tidaklah beliau ditanya tentang sesuatu yang dikedepankan atau yang dilambatkan kecuali beliau berkata, ‘Lakukanlah, tidak mengapa.” (Riwayat Al-Bukhari).