Masjid Cordoba

Cordoba: Masjid Cordoba gagah berdiri di tenggara Madrid di kaki bukit Siera de Montena, Masjid Cordoba menjadi saksi kemasyhuran peradaban Islam di bumi Spanyol.

Masjid Cordoba asalnya sebuah katedral bernama Visigoth St Vincent. Pertama kali diubah menjadi Masjid tahun 784 M dibawah kepemimpinan Abd ar-Rahman I. Masjid terus mengalami penambahbaikan semasa pemerintahan Abd ar-Rahman II dimana menara masjid di dirikan.

Semasa pemerintahan Al-Hakam II masjid diperbesar dan dibangun mihrab. Pembinaan terakhir dilakukan pada masa al-Mansur Ibn Abi Aamir tahun 987 dengan membangun penghubung dengan istana.

Aktiviti masjid digunakan juga untuk mahkamah syariah selain akitiviti solat sebagai ibadah. Masjid Agung Cordoba menjadi pusat keislaman di Andalusia selama tiga abad. Cordoba yang menjadi pusat pemerintahan Islam di Spanyol juga turut menjadikan Masjid yang pernah bernama Al Jami ini menjadi pusat kegiatan pemerintahan dan aktiviti masyarakat.

Masjid kembali berubah menjadi katedral pada masa penaklukan tentara Kristen pada abad ke-16. Bahagian tengah masjid berubah menjadi altar utama dan tempat paduan suara. Seni arkiteknya jelas merupakan peninggalan Islam dengan tiang dan struktur marmar.

Kaligrafi khat ayat-ayat Alquran pada dinding mihrab masih dipertahankan. Meski berubah menjadi katedral, UNESCO pada 15 Desember 1994 menetapkan Masjid Cordoba sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia.

Foto Ibnuabid Safar.
Foto Ibnuabid Safar.
Foto Ibnuabid Safar.
Foto Ibnuabid Safar.