8) BIDANG KEJURUTERAAN
Terdapat dua faktor kenapa hasil-hasil karya teknologi kejuruteraan amat berkurangan jika dibandingkan dengan sumbangan saintis Muslim dalam bidang-bidang lain.
- Para jurutera Islam pada era inovasi sains dan teknologi Islam dari abad 8-12M lebih banyak menumpukan usaha ke arah penggunaan teknologi yang dicipta berbanding mempergiatkan kerja-kerja penulisan dan penghasilan teknologi baru.
- Setelah kejatuhan empayar Islam sama ada di Timur mahupun di Barat, banyak manuskrip dan buku para saintis dan jurutera Muslim yang menghadapi kemusnahan (Fadzlullah Shuib, 2007: 40-41).