Sumbangan Dunia Islam Terhadap Muzik
5.Al-Mas’udi (896-956M)
Nama penuh beliau ialah Ali Ibn al-Mas’udi. Beliau dilahirkan di Baghdad pada akhir tahun abad ke 3 hijrah dari keturunan Hijaz. Al-Mas’udi terkenal sebagai sejarawan dan ahli geografi Arab. Seorang yang dikenali berkemahiran dalam bidang muzik. Karya beliau yang paling agung tentang muzik ialah Muruj al-Dhahab. Perbincangan dalam karya beliau tersebut merangkumi jenis-jenis peralatan muzik, irama serta not-not muzik. Antara karya beliau yang lain ialah Kitab al-Zulaf yang membicarakan tentang pengaruh muzik terhadap jiwa (Farmer 1973: 165).