PENCAPAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI PARA ILMUWAN ISLAM 51

Sumbangan Dunia Islam Terhadap Muzik

6.Al-Farabi (872-950M)

Nama al-Farabi tidak boleh dipinggirkan apabila membincangkan muzik dalam dunia Islam. Beliau mempunyai ilmu pengetahuan dan daya kreatif yang tinggi dalam ilmu muzik. Terdapat beberapa buah buku mengenai muzik yang dihasilkan oleh al-Farabi. Antaranya ialah Kitab al-Muziqi al-Kabir, Kitab Ilmu al-Muziqi, dan Kitab Fi Ihsa al-Iqa.