KESIMPULAN
Para cendekiawan Islam telah memberi sumbangan yang tiada tolok bandingnya kepada tamadun dunia serta kemajuan sains dan teknologinya. Hakikat ini begitu menyerlah dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip karya saintis Muslim yang ditemui di dalam perpustakaan-perpustakaan terbesar di dunia. Manuskri-manuskrip tersebut masih tersimpan di negara-negara umat Islam dan Eropah, meskipun sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh tentera Tartar pada tahun 1258 dan dimusnahkan oleh tentera Sepanyol yang beragama Kristian pada tahun 1492 berikutan kejatuhan kota Granada di Sepanyol.