Koleksi Hadis 156: Enam Hak Sesama Muslim

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Enam Hak Sesama Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara.” Lalu beliau ditanya; ‘Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah? ‘ Jawab beliau: (1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. (2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, kunjungilah dia. (6) Dan bila dia meninggalkan, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur.'(HR Muslim No: 4023)

Pengajaran:

6 Hak Seorang Muslim Ke atas Muslim yang lain:

1. Mengucapkan salam apabila bertemu
2. Memenuhi undangan
3. Memberi nasihat apabila diminta
4. Mendoakan agar dia beroleh rahmat apabila ia bersin dan mengucapkan “Alhamdulillah”
5. Ziarahi apabila dia sakit
6. Menghantar jenazahnya apabila dia mati

Ayuh tunaikan hak saudara Muslim yang menjadi tanggungjawab kita.

‪#‎Rahmah‬ Untuk Semua#