Seloka Nasihat

Seloka Nasihat

Apabila amanah sudah dipeluk
Banyakkan kerja daripada duduk
Celikkan mata jangan mengantuk
Ditegur disapa jangan merajuk
Diberi nasihat jangan merutuk
Diberi rezeki jangan kemaruk

Bersilang pendapat jangan mengaruk
Bersilang langkah jangan mengamuk
Bersilang faham jangan mengutuk

Jagalah akal supaya tak suntuk
Jagalah langkah supaya tak tertumbuk
Jagalah kepala supaya tak terantuk
Jagalah nama supaya tak busuk
Jagalah tegak peliharalah duduk
Supaya bekerja hasilnya elok

بهاسكو نن اينده