عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Dari ‘Aisyah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Dua rakaat sunat fajar (sebelum solat fardu subuh) lebih baik daripada dunia seisinya.” (HR Muslim No: 1193) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
- Keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum fardu subuh lebih baik daripada dunia seisinya.
- Solat sunat subuh hanya dilakukan setelah terbit fajar subuh. Dianjurkan solat tersebut di awal waktunya dan dilakukan dengan dua rakaat yang ringan. Inilah pendapat Imam Malik, Imam Syafi’i dan jumhur ulama seperti yang dicatat dalam Syarh Shahih Muslim (6: 3).
- Jika solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada seluruh isi dunia ini, apatah lagi solat fardu subuh yang kelebihannya lebih baik daripada itu.
Ayuh kita rebut peluang memelihara solat subuh dan solat sunat sebelum subuh