surah al-ikhlas 2

Kelebihan surah al-Ikhlas:

Wasilah Masuk Syurga

  • Hadis diriwayatkan Imam Bukhari, pernah seorang lelaki menjadi imam Masjid Quba. Setiap kali telah membaca surah lain dari Al Quran, ia menutupnya dengan surah Al Ikhlas.
  • Kata Sahabat, “Engkau telah membaca surah ini, tetapi kelihatannya engkau merasa tidak cukup dengannya. Lalu engkau membaca surah Al Ikhlas.”
  • Jawabnya: “Aku tidak akan meninggalkan surah ini. Jika engkau mahu menjadikanku imam kalian, maka aku akan tetap melakukannya. Jika kalian tidak suka, maka aku tidak mahu menjadi imam kalian.”
  • Lalu diceritakan kepada Rasulullah ketika baginda mengunjungi Masjid Quba. Lalu Nabi bertanya: “Hai Fulan, apa yang mencegahmu hingga tidak mau melakukan apa yang diminta oleh teman-temanmu, mengapa engkau selalu membaca surah Al Ikhlas dalam sholatmu?”.
    • Jawab lelaki tersebut: “Aku menyukainya,”
    • Mendengar jawaban itu, Rasulullah lantas bersabda:

    حُبُّكَ إِيَّاهَا أَدْخَلَكَ الْجَنَّةَ

    “Kecintaanmu kepada surah ini dapat memasukkanmu ke dalam syurga.” (HR. Bukhari)

    • Riwayat Tirmidzi: ada seorang laki-laki yang berkata kepada Rasulullah bahawa dirinya menyukai surah ini. Maka Rasulullah pun bersabda:

    إِنَّ حُبَّكَ إِيَّاهَا يُدْخِلُكَ الْجَنَّةَ

    “Sesungguhnya kecintaanmu kepada surah ini dapat memasukkanmu ke dalam syurga.” (HR. Tirmidzi)