Surah al-Ikhlas

Soalan:

Ustaz, boleh terangkan kelebihan surah al-ikhlas?

 

Jawapan:

Dicintai Allah

  • Rasulullah pernah melantik seorang laki-laki menjadi pemimpin pasukan khusus untuk menyelesaikan suatu tugas. Ketika menjadi imam solat, lelaki itu selalu membaca surah Al Ikhlas.
  • Setelah pulang, mereka menceritakan kepada Rasulullah. Rasulullah menyuruh mereka bertanya kepada lelaki tersebut alasannya
  • Jawabnya: “Kerana di dalamnya ada sifat Tuhan Yang Maha Pemurah dan aku suka membacanya dalam solatku”
  • Setelah jawaban itu disampaikan kepada Rasulullah, beliau pun bersabda:

أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

“Sampaikan kepadanya, bahawa Allah menyukainya.” (HR. Bukhari)