- Latarbelakang : Di lahirkan di Tangkak Johor. Berkelulusan ijazah pertama dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Memperolehi Diploma Pendidikan Universiti Malaya. Ijazah Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan) di Universiti Teknologi Malaysia dan Diploma Tinggi Lepasan Ijazah Falsafah Sains Islam (UTM – Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam). PhD (Pendidikan Islam) Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Pengalaman : Mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Perempuan Bandaraya Kuala Lumpur pada Januari 1986 hingga April 1986. Menubuhkan Pusat Pendidikan Institut Hasni Kuala Lumpur bermula Jun 1986 hingga November 1988. Mula bertugas di UTM pada 1hb. Dis. 1988 sebagai Penolong Pensyarah ‘A’ di Jabatan Pendidikan Islam Pusat Pengajian Kemanusiaan UTM. Pada Februari 1994 dilantik sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam. Pada April 1996 dilantik sebagai Ketua Jabatan di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS). Bermula Ogos 1998 dilantik sebagai Timbalan Pengarah PPIPS. Dilantik sebagai Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia Skudai yang sekarang ini dikenali sebagai Fakulti Tamadun Islam selama dua penggal bermula 15hb. Dis. 1999 sehingga Mei 2004. Dilantik sebagai Profesor Madya pada Jun 2000. Di lantik sebagai Pengarah Pusat Islam (Masjid Sultan Ismail) pada Mei 2004 sehingga Jun 2006. Dilantik sekali lagi sebagai Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia Skudai bermula 1hb Julai 2006 hingga 26hb Julai 2008. Sekarang mengetuai Research Group: Islamic Educational Thought And Methodology Research