Solat Sunat Gerhana (Kusuuf/Khusuuf)

Solat Sunat Gerhana (Kusuuf/Khusuuf)

 

Dibawakan hadis-hadis berkaitan tuntutan melaksanakan solat sunnah di ketika berlakunya fenomena Gerhana (Sunat Muakad):

عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ الشَّمْسَ خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ مُنَادِيًا الصَّلَاةُ جَامِعَةٌ فَاجْتَمَعُوا وَتَقَدَّمَ فَكَبَّرَ وَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ

Terjemahan: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawasanya matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka beliau meminta seseorang berseru (memanggil) dengan “ash-Shalatu Jami’ah” (ayuh solat berjama’ah). Beliau pun lantas tampil ke hadapan, bertakbir, dan melaksanakan solat dengan dua raka’at yang di dalamnya dilaksanakan empat kali ruku’. (Hadis Riwayat Muslim, Bab Solat Kusuuf, 4/444, no. 1501)

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ
Terjemahan: Dari Abu Mas’oud (Uqbah B. ‘Amir) al-Anshary radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang dengan keduanya Allah hendak menjadikan hamba-hamba-Nya berperasaan takut. Keduanya (matahari dan bulan) tidak mengalami gerhana dengan sebab matinya seseorang manusia dan tidak pula kerana hidupnya seseorang manusia. Sekiranya kamu melihat salah satu dari dua gerhana tersebut, maka solatlah dan berdoalah selagi mana ia dapat kamu lihat. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/463, no. 1516)

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا

Terjemahan: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata: Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau berdiri dan bersolat bersama-sama yang lain, dengan memanjangkan (melamakan tempoh) berdiri, kemudian ruku’ lalu memanjangkan (melamakan tempoh) ruku’, kemudian berdiri dan memanjangkan tempoh berdiri namun lebih pendek dari tempoh berdiri yang pertama (sebelumnya). Kemudian ruku’ lalu memanjangkan ruku’, namun lebih pendek tempohnya berbanding ruku’ yang pertama, kemudian sujud dan memanjangkan tempoh sujud. Kemudian mengerjakannya di dalam rakaat yang lain sebagaimana beliau melaksanakannya di dalam raka’at yang pertama. Kemudian beliau beranjak sementara matahari sudah kelihatan, lalu menyampaikan khutbah kepada mereka yang hadir sambil memuji Allah dan menyanjung-Nya. Kemudian beliau bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang gerhana ini berlaku tidaklah berlaku dengan sebab kematian seseorang atau kehidupan seseorang. Sekiranya kamu melihat gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah, dan bersedekahlah. Kemudian beliau bersabda:
Wahai umat Muhammad, demi Allah, tiada seseorang pun yang lebih cemburu daripada Allah sekiranya hambanya yang lelaki berzina atau hambanya yang wanita berzina. Wahai umat Muhammad, demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, tentu kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab Sedekah Di Waktu Gerhana, 4/159, no. 986)

عَنْ أَبِي مُوسَى الأشعري قَالَ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلَاةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذِهِ الْآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ

Terjemahan: Dari Abi Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu (beliau) berdiri dalam keadaan takut, kerana khuwatir (bimbang) hari kiamat telah tiba, sehingga beliau tiba di masjid, beliau berdiri lalu solat, ruku’, dan sujud dengan sangat lama. Aku sama sekali tidak pernah melihat beliau melakukan seperti itu di dalam mana-mana solat pun. Kemudian beliau bersabda:

Sesungguhnya ini merupakan tanda-tanda kekuasaan yang dikirimkan Allah Ta’ala, yang tidak terjadi disebabkan kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupan seseorang, tetapi Allah mengirimkannya untuk menjadikan hamba-hamba-Nya takut. Sekiranya kamu melihat sebahagian gerhana tersebut, maka mohonlah pertolongan dengan berzikir (mengingati Allah), berdoa, dan memohon keampunan kepada-Nya. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/465, no. 1518)

Perkara-perkara Sunnah (Yang Dianjurkan) Ketika Berlaku Gerhana:

1 – Melihat gerhana dengan perasaan takut kerana Allah.

2 – Melaksanakan Solat jika berjaya melihatnya di tempat di mana berada.

3 – Berdoa dan berzikir.

4 – Mengeluarkan sedekah.

5 – Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa Nabi memerintahkan memerdekakan hamba di waktu terjadinya gerhana.

6 – Melakukan amalan-amalan yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah.

JOM …. KESEMPATAN YANG TIDAK SELALU

Jenis Takbir Raya

2 JENIS TAKBIR RAYA

1. MUQAIYAD “مُقَيَّد”
2. MURSAL “مُرْسَـل”

Takbir MUQAIYAD ialah takbir yang dilakukan menyusuli solat, sama ada solat fardu ain, solat fardu kifayah mahupun solat sunat. Ia dilakukan sebanyak SATU PUSINGAN sahaja.

Takbir MURSAL pula ialah takbir yang dilakukan tidak berkaitan dengan solat. Ia dilakukan terus menerus, berulang ulang tanpa batas bilangan.

WAKTU TAKBIR:

1. MUQAIYAD, bermula selepas solat SUBUH 9hb Zul-Hijjah (sabtu 4 Okto) dan berakhir selepas solat fardu ASAR 13hb Zul-Hijjah (8 Okto) nanti.

2. MURSAL, bermula dengan terbenam matahari 9hb Zul-Hijjah (maghrib nanti) dan berakhir dengan penunaiannya Solat Sunat Idil-Adha.

* Raya Aidilfitri hanya ada Takbir Mursal sahaja

Panduan Sambutan Eidul Adha

Panduan Sambutan Eidul Adha:
1. Sunat menghidupkan malamnya dengan ibadat
2. Memulakan takbir pada subuh 9 Zulhijjah dan berakhir pada asar 13 Zulhijjah
3. Sunat mandi sebelum menunaikan solat raya
4. Memakai baju baru
5. Membanyakkan takbir sepanjang perjalanan ke Masjid
6. Menggunakan jalan pergi dan balik yang berlainan ke masjid
7. Melambatkan makan sehingga selesai korban dan sunat menjadikan daging korban sebagai makanan utama
8. Mendengar khutbah raya
9. Menzahirkan rasa gembira dan saling mengucapkan tahniah atas kedatangan perayaan mulia ini.
10. Mengajak semua kaum keluarga menunaikan solat raya dan mendengar khutbah walaupun perempuan uzur atau orang tua dan sakit.

Soal Jawab Agama 2

Boleh tak orang yang meninggalkan solat fardhu , mengerjakan solat sunat?

 

Jawapan:

Solat fardhu yang ditinggalkanwajib diganti apabila disedari.

Qada (mengganti) solat fardhu perlu diutamakan berbanding yang sunat

Haram melakukan perkara yang harus berlebihan sedangkan qada solat masih belum dilaksanakan.

Solat qada boleh digantikan mengikut waktu solat.

Solat sunat yang biasa dilaksanakan spt solat terawikh, solat duha, solat mengiringi waktu masih boleh dilaksanakan dengan syarat solat qada dilaksanakan juga.

Walau bagaimanapun keutamaan ialah menggantikan solat fardhu yang ditinggalkan.

Soal Jawab Agama 1

Soalan:

  • Adakah mereka yang pernah meninggalkan solat masa muda-muda dahulu tidak perlu menggantikan kembali?

Jawapan:

Meninggalkan solat dengan sengaja berdosa besar.

—Nabi s.a.w. digambakan azab sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di mana orang yang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang-ulang kali. Allah s.w.t. akan mencampakkan golongan ini ke dalam neraka Saqar.

—Firman Allah s.w.t. surah al-Muddaththir ayat 43:

——Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.

 

  • Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat taubat (tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan apapun, menyesal di atas perbuatan solat yang ditinggalkan, dan berazam tidak akan mengulangi pada masa akan datang.
  • Wajib mengqada semula solat-solat yang telah ditinggalkan.