Mukmin VS Ahli Maksiat

Mukmin VS Ahli Maksiat

عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا

Daripada Abdullah bin Mas’ud ra berkata, bahwa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti (ketika) ia duduk di lereng sebuah gunung, dan ia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (orang yang selalu berbuat dosa), ketika ia melihat dosa-dosanya adalah seperti ia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian ia mengusirnya seperti ini lalu terbang (ia menganggap remeh dosa).” (HR Bukhari No: 6309) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Di antara ciri keimanan seseorang kepada Allah adalah rasa takut dan khuatir yang sangat besar dan mendalam terhadap dosa yang dilakukannya.

2. Orang Mukmin, sentiasa merasa kepedihan yang mendalam jika berbuat dosa dan merasa takut, seolah ia seperti berada di lereng sebuah gunung dan ia khuatir gunung tersebut akan jatuh menimpanya.

3. Seorang ahli maksiat ia tidak takut akan perbuatan maksiat dan dosa-dosanya, sehingga setiap hari hidupnya bergelumang dengan kemaksiatan dan dosa.

4. Orang yang biasa berbuat dosa, ia menganggap remeh dosa-dosanya, seakan seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu ia mengusirnya. (Menganggap dosanya seperti hinggapan lalat saja).

5. Seorang pelaku maksiat, apabila dilakukan berterusan, hatinya menjadi keras, maka mereka tidak akan peduli, atau malah berbangga diri ketika melakukan kemungkaran dan dosa. (Lihat Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, hlm. 294-295)

6. Ibn al-Qayyim menyebut: “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.” (Lihat Madarij al-Salikin, 2/292)

Seorang Mukmin, apabila dia melihat sesuatu perbuatan dosa pada dirinya, maka ia harus bersungguh-sungguh menjauhinya.

Malaysia Prihatin. Mari Kita Bina Bersama

Tiada Istilah Pencen Buat Muslim

Tiada Istilah Pencen

Setiap Muslim perlu sentiasa melakukan amal soleh sebagai bekalan apabila meninggal dunia kelak. Lakukanlah pelbagai amal soleh di setiap kesempatan yang ada.

Imam Syafie pernah berkata:

طَلَبُ الرَّاحَةِ فِى الدُّنْيَا لاَيَصِحُّ لِأَهْلِ الْمُرُوءَاتِ فَإِنَّ أَحَدَهُمْ لَمْ يَزَلْ تَعْبَانَ فِى كُلِّ زَمَانٍ

“Mencari istirehat di dunia ini tidaklah dibenarkan bagi orang-orang yang mempunyai harga diri, kerana sesungguhnya seseorang di antara mereka masih akan tetap mengalami kelelahan di waktu bila-bila pun”

Marilah jadikan diri kita orang yang sentiasa menyumbang khidmat tanpa mengenal penat lelah. Moga sumbangan kita akan menjadi ganjaran baik apabila bertemu Allah kelak. Tiada istilah pencen buat Muslim!

kelebihan surah al-ikhlas 3

kelebihan surah al-Ikhlas:

Sepertiga Al-Quran

  • Riwayat Bukhari dikisahkan seorang lelaki membaca surah Al Ikhlas berulang-ulang dalam solat sunat. Orang yang mendengarnya lantas menceritakan kepada Rasulullah. Maka Rasulullah pun bersabda:

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

“Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman Tangan-Nya. Sesungguhnya ia benar-benar sebanding dengan sepertiga Al Quran.” (HR. Tirmidzi)

surah al-ikhlas 2

Kelebihan surah al-Ikhlas:

Wasilah Masuk Syurga

  • Hadis diriwayatkan Imam Bukhari, pernah seorang lelaki menjadi imam Masjid Quba. Setiap kali telah membaca surah lain dari Al Quran, ia menutupnya dengan surah Al Ikhlas.
  • Kata Sahabat, “Engkau telah membaca surah ini, tetapi kelihatannya engkau merasa tidak cukup dengannya. Lalu engkau membaca surah Al Ikhlas.”
  • Jawabnya: “Aku tidak akan meninggalkan surah ini. Jika engkau mahu menjadikanku imam kalian, maka aku akan tetap melakukannya. Jika kalian tidak suka, maka aku tidak mahu menjadi imam kalian.”
  • Lalu diceritakan kepada Rasulullah ketika baginda mengunjungi Masjid Quba. Lalu Nabi bertanya: “Hai Fulan, apa yang mencegahmu hingga tidak mau melakukan apa yang diminta oleh teman-temanmu, mengapa engkau selalu membaca surah Al Ikhlas dalam sholatmu?”.
    • Jawab lelaki tersebut: “Aku menyukainya,”
    • Mendengar jawaban itu, Rasulullah lantas bersabda:

    حُبُّكَ إِيَّاهَا أَدْخَلَكَ الْجَنَّةَ

    “Kecintaanmu kepada surah ini dapat memasukkanmu ke dalam syurga.” (HR. Bukhari)

    • Riwayat Tirmidzi: ada seorang laki-laki yang berkata kepada Rasulullah bahawa dirinya menyukai surah ini. Maka Rasulullah pun bersabda:

    إِنَّ حُبَّكَ إِيَّاهَا يُدْخِلُكَ الْجَنَّةَ

    “Sesungguhnya kecintaanmu kepada surah ini dapat memasukkanmu ke dalam syurga.” (HR. Tirmidzi)

Surah al-Ikhlas

Soalan:

Ustaz, boleh terangkan kelebihan surah al-ikhlas?

 

Jawapan:

Dicintai Allah

  • Rasulullah pernah melantik seorang laki-laki menjadi pemimpin pasukan khusus untuk menyelesaikan suatu tugas. Ketika menjadi imam solat, lelaki itu selalu membaca surah Al Ikhlas.
  • Setelah pulang, mereka menceritakan kepada Rasulullah. Rasulullah menyuruh mereka bertanya kepada lelaki tersebut alasannya
  • Jawabnya: “Kerana di dalamnya ada sifat Tuhan Yang Maha Pemurah dan aku suka membacanya dalam solatku”
  • Setelah jawaban itu disampaikan kepada Rasulullah, beliau pun bersabda:

أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

“Sampaikan kepadanya, bahawa Allah menyukainya.” (HR. Bukhari)

Takwa 8

Sifat Orang Bertaqwa:
6. Tidak mengulangi dosa

وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).  Ali Imran 135

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ

Wahai orang-orang yang beriman, bertobatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai … At- Tahrim 6

Celaka jika berterusan dengan dosa

إِرحَمُوا تُرْحَمُوا, وَاغْفِرُوا يُغْفَرْلَكُمْ, وَيْلٌ لِأَقْمَاعِ الْقَولِ, وَيْلٌ لِلْمُصِرِّيْنَ الَّذِينَ يُصِرُّونَ عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berikanlah ampunan, nescaya kalian akan diberikan ampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkannya dan celaka pula bagi orang yang terus menerus melakukan dosa yang mereka kerjakan sedangkan mereka mengetahui (larangan dosa itu)” Riwayat Imam Ahmad

 

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ  136

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. Ali Imran 136

Inayah 1

Soalan:

Apakah kriteria untuk kita diberikan inayah Allah?

  • Inayah bererti bantuan dan pertolongan Allah bagi hamba-hambanya yang terpilih
  • Beberapa Ayat Al-Quran dan Hadis berkaitan – Bantuan Allah Kepada Manusia

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ

“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” al-a’raf: 96

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“…Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” 

  (at-Talaq: 2-3)

وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
 الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأمُورِ

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan (al-Haj: 40-41).

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu & mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, & sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya utk mereka, & Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dlm ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahKu dgn tiada mempersekutukan sesuatu apapun dgn aku. & Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik”.                                                                  (An-Nuur:55)

Hidayah 3

CARA DAPATKAN HIDAYAH:

1.Memohon doa.

2.Bergaul, bercampur dan berkawan dengan orang yang baik dan soleh.

3.Hindari perkara yang maksiat & lagha.

4.Menghadiri majlis ilmu, ceramah. (termasuk le dengar dari tv, radio, baca       newspaper, majalah, baca blog berunsur agama)

5.Mengkaji, menyelidik dan meneliti sesuatu perkara/peristiwa, fenomena        atau kejadian yang pelik, ganjil atau luarbiasa dengan persoalan mengapa,      kenapa, apa, bila, bagaimana, di mana.

6.Menyucikan hati dari sifat-sifat mazhmumah.

7.Sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

8.Membiasakan diri dengan sifat-sifat mahmudah.

9.Mengambil hikmah dari setiap ujian, musibah dan cubaan yang mendatangi  diri, keluarga, sahabat dan masyarakat.

 

Hidayah 2

Taufik adalah restu Allah berupa terwujudnya amal-amal baik.

Kitab Jauharah Tauhid : Taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan Allah melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik” al-Ankabut:69

Hidayah 1

  • Soalan
  • Ustaz, apa beza hidayah dan taufik? Bagaimana cara nak dapat hidayah?

Hidayah bermakna petunjuk, atau bimbingan Allah bagi hamba-hambanya yang bertawakal.

إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ  وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).                               (Surah Al-Qasas : ayat 56)

Hidayah – Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.