Solat 2

Soalan:

Bagaimana jika dahi berlapik ketika sujud?

 

Jawapan:

  • Tidak sah jika keseluruhan berlapik dengan pakaian yang ikut bergerak dalam pergerakan solat. (mazhab Syafie, Daud dan salah satu riwayat Ahmad).
  • Sah. (Malik, Abu Hanifah, al-Awzaie, Ishaq, dan salah satu riwayat Ahmad). Ini pendapat majoriti ulama. Akan tetapi tetap lebih utama tanpa berlapik jika tiada keperluan untuk berlapik.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي شِدَّةِ الْحَرِّ، فَإِذَا لَمْ يَسْتَطِعْ أَحَدُنَا أَنْ يُمَكِّنَ وَجْهَهُ مِنَ الأَرْضِ بَسَطَ ثَوْبَهُ فَسَجَدَ عَلَيْهِ‏.‏

Anas bin Malik radiallahuanhu berkata: Kami bersama Nabi sallallahualaihi wasallam ketika cuaca yang sangat panas. Apabila salah seorang daripada kami tidak mampu meletakkan wajahnya di bumi, maka dia menghamparkan pakaianya dan sujud di atasnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Amal Fi as-Solat, hadis no: 1208]

“Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Para sahabat bertanya: Bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Jawab Rasulullah: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka”  Hadis riwayat Ahmad, Tabrani dan Ibn Khuzaimah

Anggota-anggota sujud selain dahi telah sepakat para ulamak menyatakan tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tanah/lantai. Oleh itu, harus seseorang menunaikan solat dengan memakai sarung tangan atau stokin.

Solat 1

Soalan:

Saya ingin mohon pencerahan mengenai salah satu anggota sujud yakni Dahi.. sahkah solat seorg lelaki jika waktu sujudnya terlapik dgn serban atau kopiah atau rambut.. atau jika perempuan terlapik dgn telekungnya.. bahagian dahi yang manakah yg sebenarnya yg perlu disentuh sewaktu sujud?

 

Jawapan:

  • Sujud di atas tujuh anggota

 

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعِ أَعْظَمٍ: عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافُ الْقَدَمَيْنِ وَلاَ نَكْفُتُ الثِّيَابَ والشَّعْرَ

Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota: dahi termasuk hidung, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, dan jari-jemari kaki, dan ditegah dari menyelak pakaian dan rambut.”  [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 774]

Ketika sujud, wajib ke semua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Dua lutut, tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak-anak jari kakinya, tidak sah sujudnya.

Huraian Anggota Dahi :

  • Wajib atas dahi sahaja: (mazhab Syafie, Thawus, ‘Atho, Ikrimah, al-Hasan, Ibn Sirin) di sisi mereka hidung adalah sunat.
  • Wajib atas dahi dan hidung: (Sa’id bin Jubair, an-Nakhaie, Ishaq).
  • Boleh pilih dahi atau hidung sahaja: (Abu Hanifah).
  • Mazhab Syafie, yang lebih utama adalah keseluruhan dahi, jika sebahagiannya tertutup, adalah makruh.

Takwa 8

Sifat Orang Bertaqwa:
6. Tidak mengulangi dosa

وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).  Ali Imran 135

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ

Wahai orang-orang yang beriman, bertobatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai … At- Tahrim 6

Celaka jika berterusan dengan dosa

 

إِرحَمُوا تُرْحَمُوا, وَاغْفِرُوا يُغْفَرْلَكُمْ, وَيْلٌ لِأَقْمَاعِ الْقَولِ, وَيْلٌ لِلْمُصِرِّيْنَ الَّذِينَ يُصِرُّونَ عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berikanlah ampunan, nescaya kalian akan diberikan ampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkannya dan celaka pula bagi orang yang terus menerus melakukan dosa yang mereka kerjakan sedangkan mereka mengetahui (larangan dosa itu)” Riwayat Imam Ahmad

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ  136

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. Ali Imran 136

Takwa 7

Sifat Orang Bertaqwa:

5. Pelaku Dosa Segera  Ingat Allah & Mohon Ampun

 

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ

dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah…. Ali-Imran 135

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertobat kepada-Nya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat . Hud 3

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An Nisa 110)

Takwa 6

Sifat Orang Bertaqwa
4. Berbuat Perkara Yang Baik

وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

….dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik (ali-Imran 134)

Berlaku baik Satu daripada sifat orang bertaqwa

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Ali-Imran 135

Takwa 5

Sifat Orang Bertaqwa:

3. Maafkan kesalahan وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ

Maafkan orang yang berlaku zalim padanya, tidak berniat untuk membalas

مَن سَرَّهُ أَنْ يُسْرَفَ لَهُ الْبُنْيَانُ وَتُرْفَعَ لَهُ الدَّرَجَاتُ فَلْيَعْفُ عَمَّن ظَلَمَهُ وَيُعْطِ مَن حَرَمَهُ وَيَصِلْ مَن قَطَعَهُ

Ubai bin Kaab :

Barangsiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya”  Riwayat al-Hakim

Takwa 4

Sifat Takwa:

Sifat Orang Bertaqwa:
2. Menahan Marah وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ

Dari Malik bin Anas:

لَيسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرْعَةِ وَلَكِنَّ الشَّدِيدَالَّذِ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِندَالْغَضَبِ

”Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi tetapi orang yang kuat adalah yang dapat mengendalikan diri ketika sedang marah”  Bukhari Muslim

 

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَاغَضَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

“Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan dari api dan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu jika seorang daripada kalian marah, maka hendaklah ia berwudhu’”  Riwayat Abu Daud.

Takwa 3

Sifat Orang Bertaqwa
Sebagai Penghuni Syurga

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ

dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ 2. Menahan marah

Tidak melempiaskan marah kepada orang lain dan menahannya dengan mengharapkan pahala

وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ3. Memaafkan kesalahan

Maafkan orang yang berlaku zalim padanya, tidak berniat untuk membalas

 

Takwa 2

Sifat orang bertakwa:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

”Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwaali Imran 133

سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأرْضِ

Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi,  (al-Hadid: 21)

Sifat Orang Bertaqwa Yang Mendapat Keampunan & Syurga

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik (ali Imran 134)

Sifat Orang Bertaqwa
1. Mendermakan harta

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang (lapang) dan susah (sempit) – dalam keadaan suka mahupun terpaksa, sihat atau sakit.

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan (al-Baqarah 274)

Berinfak sebagai tuntutan taat kepada Allah sama ada pada keluarga dan masyarakat

أَتَدْرُونَ مَنِ الصَّعْلُوكُ؟ قَالُوا: الَّذِي لَيْسَ لَهُ مَالٌ. قال النبي (ص) الصَّعْلُوكُ كُلُّ الصَّعْلُوكِ الَّذِي لَهُ مَالٌ فَمَاتَ. وَلَمْ يُقَدِّمْ مِنْهُ شَيْئًا

Tahukah kalian siapakah sha’luk? (orang yang miskin itu). Para sahabat menjawab: Iaitu orang yang tidak mempunyai harta kekayaan. Maka beliaupun bersabda: Orang yang miskin adalah orang yang mempunyai harta lalu meninggal dunia, sedangkan ia tidak pernah memberikan sesuatu pun manfaat dari harta tersebut”     Riwayat Ahmad

Harta Tak Mendatangkan Manfaat

  • Ada harta tapi sumber haram
  • Ada harta tak tunaikan hak harta
  • Ada harta hanya untuk keperluan hidupnya
  • Tinggalkan harta bila mati tapi menjadi fitnah kepada ahli keluarga

Takwa 1

Soalan:

Boleh ustaz terangkan beberapa contoh sifat orang bertaqwa supaya saya dapat berusaha memiliki sifat-sifat itu?

Jawapan:

 

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ 133

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ 134

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ  135

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ  136

(Ali Imran: 133 – 136)

dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; 133

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (134)

dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 135

orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.136

Sifat Orang Bertakwa Yang Dapat Ampun dan Syurga (Ali Imran 133-136):

  1. üMenginfaqkan harta dimasa senang dan susah
  2. üMenahan kemarahan
  3. üMemaafkan kesalahan orang lain
  4. üBerlaku ihsan
  5. üBila melakukan kesilapan – segera mengingati Allah dan segera memohon keampunan
  6. üTidak mengulangi dosa