Korban adalah ibadah, peliharalah adabnya

*Korban adalah ibadah, peliharalah adab2nya.*

Copy paste dari FB Dr Alizi Alias

Kebanyakan gambar2 yg diupload sempena Hari Raya Korban (kecuali gambar tentang haji) masih lagi gagal menunjukkan aspek Islam agama yg rahmah – khususnya tentang mengasihi binatang dan menjaga kebersihan/hygiene.

Ini kerana hanya satu aspek yg ditonjolkan i.e penyembelihan, hanya syarat halal shj yg dititikberatkan, dan aspek dakwah tidak dijadikan misi atau sekurang2nya spillover positive effect.

Malah ada yg menjadikan haiwan sbg bahan gurauan tanpa memikirkan perasaan pembaca2. Sebahagian kita masih lagi ada sikap: org lain kena hormat bangsa/agama/budaya kita, tapi kita tak perlu sgt hormat bangsa/agama/budaya org lain. Sebenarnya org2 beragama Islam terutama Gen Millenial pun mungkin akan rasa kurang selesa.

Ini berbeza dgn sikap Ansar terhadap Muhajirin, sikap Sahabat2 RAA terhadap kabilah2 Arab yg belum memeluk Islam di sekitar Madinah, dan sikap khalifah2 al-Rashidin terhadap penganut2 agama lain di bawah negara Islam. Mereka sentiasa bersikap rahmah ie kind, understanding, merciful, concerned, compassionate.

Cadangan da’wah melalui ibadah korban:

1. Sebarkan imej sikap belas kasihan dan lemah-lembut umat Islam kpd haiwan sebelum korban termasuk proses menenangkan haiwan dgn lafaz2 bismillah dan zikir.

2. Sebarkan imej proses penyembelihan yg hygiene spt. di atas lantai/simen berbanding di atas tanah/rumput di mana darah yg tumpah sukar dibersihkan dan boleh menjangkiti daging haiwan tersebut.

3. Tak perlu sebarkan imej menyembelih dan melapah haiwan2 korban. Jika perlu pun, sebarkan imej yg org Islam tidak akan menyembelih selagi haiwan itu tidak tenang, bukannya imej menyembelih secara paksa.

4. Sebarkan imej daging2 korban diagih2kan kpd org2 miskin dan rakan2 (termasuk non-Muslim (kecuali kpd yg beragama Hindu jika daging lembu) jika tokoh agama dan masyarakat di kampung tersebut bersetuju daging korban boleh diagihkan kpd non-Muslim).

5. Membezakan ibadah dgn muamalah. Oleh itu, tidak patut ada imej gambar/video gelak2 dan sembang2 seronok ketika menyembelih dan melapah tetapi imej yg khusyuk dan rendah diri. Kita sudah terlalu biasa mencampur-adukkan ibadah dan muamalah dlm majlis2 yg bersifat keramaian.

6. Tidak upload gambar ‘joke’ tentang haiwan yg akan dikorbankan.

7. Memakai pakaian yg sesuai termasuk topi/apron/glove plastik utk mengelakkan jangkitan bakteria.

8. Mempromosi haiwan2 yg diternak secara free-range dan hanya diberi makanan yg bersifat organik.Kebanyakan gambar2 yg diupload sempena Hari Raya Korban (kecuali gambar tentang haji) masih lagi gagal menunjukkan aspek Islam agama yg rahmah – khususnya tentang mengasihi binatang dan menjaga kebersihan/hygiene.

EPISOD GENOSID DI ARAKAN

EPISOD GENOSID DI ARAKAN

1. Khamis lepas, 24 Ogos 2017, menyaksikan satu lagi episod keganasan oleh pihak tentera Myanmar (Tatmadaw) ke atas etnik Rohingya di Arakan (Rakhine).

2. Serangan ini menyusul sehari selepas Kofi Annan, Pengerusi Suruhanjaya Penasihat Wilayah Rakhine, menyerahkan laporan akhir badan tersebut kepada kerajaan Aung San Suu Kyi dan hampir 2 minggu selepas pihak tentera menghantar lebih ramai tentera ke wilayah utara Arakan – Maungdaw, Buthidaung dan Rathedaung, dan mengenakan perintah berkurung (6 petang hingga 6 pagi) ke atas lebih 800,000 etnik Rohingya di wilayah tersebut.

3. Laman berita Al-Jazeera pada 23 Ogos 2017 melaporkan sekurang-kurangnya 3,500 orang etnik Rohingya telah lari menyelamatkan diri lebih awal ke kem pelarian di Kutupalong dan Nayapara, di sempadan Bangladesh-Myanmar selepas menjangkakan serangan terbaru oleh pihak tentera.

4. MyCARE menerima berita dan gambar tentang serangan ini melalui media sosial pada hari Jumaat (25 Ogos 2017). Namun, pihak kami tidak dapat mengesahkan kesahihannya sehinggalah laman-laman rasmi seperti Al-Jazeera dan Channel News Asia melaporkannya.

5. Berita, imej dan klip video yang kami terima menunjukkan pihak tentera telah bertindak menggeledah perkampungan etnik Rohingya, membunuh para penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak serta membakar masjid dan madrasah.

6. Ini bertentangan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak tentera dan kerajaan Myanmar pada hari Jumaat (25 Ogos 2017) yang mendakwa serangan disasarkan ke atas kumpulan pengganas ‘Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA)’ yang dituduh melakukan serangan di lebih 20 pos keselamatan pada hari Khamis menyebabkan 12 orang pegawai terkorban. Kenyataan kerajaan juga menyebut 59 orang pengganas ARSA telah berjaya dibunuh dalam serangan tersebut.

7. Kenyataan rasmi tentera dan kerajaan Myanmar ini sangat diragui berdasarkan rekod buruk tentera Myanmar sebelum ini. Oktober tahun lalu (2016) menyaksikan serangan tentera Myanmar ke atas komuniti Rohingya atas alasan sama (membasmi pengganas ARSA). Operasi ini berlanjutan sehingga Februari 2017 menyebabkan hampir 1,000 orang terkorban dan 90,000 orang kehilangan tempat tinggal.

8. Liputan media di sempadan Bangladesh-Myanmar menunjukkan ribuan etnik Rohingya kini terkandas kerana tidak dibenarkan masuk oleh tentera Bangladesh yang berkawal di sempadan. Sebahagian yang berjaya masuk telah dihalau semula ke Myanmar. Kepulan asap dan bunyi tembakan juga boleh dilihat dan didengar dengan jelas dari sempadan.

9. Tekanan antarabangsa perlu dikenakan ke atas Myanmar agar serangan ke atas orang awam dihentikan serta-merta. Tindakan menyerang orang awam sambil berselindung di sebalik alasan memerangi keganasan adalah perbuatan terkutuk yang perlu diperangi. Orang awam #NotATarget.

10. Kerajaan Myanmar sewajarnya menyambut baik saranan- saranan yang telah dikemukakan oleh Kofi Annan dan mengambil langkah proaktif melaksanakannya sekiranya benar-benar ingin menyelesaikan konflik di Arakan. Jika tidak, penubuhan dan laporan suruhanjaya ini hanya tinggal gimik politik semata-mata.

‘Nurturing Humanity, Making a Difference’

Disediakan oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan (R&E), Humanitarian Care Malaysia (@MyCARE)

Ayuh menyumbang ke Tabung Kecemasan Rohingya secara ONLINE disini: www.billplz.com/selamatkanrohingya

Sama-sama sebarkan. Terima Kasih.

OPPORTUNISTIC WAYS CARA OPORTUNISTIK

OPPORTUNISTIC WAYS
CARA OPORTUNISTIK

Opportunistic drives come in many ways. Three examples:

1. The nominally religious man who in times of need takes advantage of religious rules and provisions, and when his ordeal his over, forgets his religion and even God.

2. The hostile and dominant wife who hates her husband, but when she wishes to possess her heart’s desire, is willing to mellow her attitude, only to revert to her viperous ways after success is achieved.

3. The academic who only cares for his research and publication and ignores his students, suddenly gives top priority to the students’ learning needs when he saw them as useful associates in his research, and returns to his egocentric attitude after the students have completed their task with him.

^^^^^

Dorongan oportunistik muncul menerusi banyak jalan. Tiga contoh:

1. Penghayat agama nominal yang dalam keadaan terduga mengambil peluang akan peraturan dan perlengkapan keagamaan, dan bila dugaannya berlalu, melupai agama dan juga Tuhan.

2. Isteri yang dominan dan perengus yang membenci suaminya, tetapi bila ia ingin memperolehi idaman hatinya, bersedia untuk melembutkan sikapnya, hanya untuk kembali ke caranya yang berbisa selepas sukses tercapai.

3. Ahli akademik yang hanya peduli tentang penyelidikan dan penerbitannya dan mengabaikan pelajarnya, serta merta memberi prioriti yang tinggi kepada keperluan pembelajaran pelajar bila ia melihat mereka sebagai rakan dalam penyelidikannya, dan kembali kepada sikap egosentriknya selepas pelajar-pelajar itu menyempurnakan tugas bersamanya.

MOHAMED HATTA SHAHAROM
6 December 2015 CE / 24 Safar 1437 AH

Wasatiah Siri 10

Al-Quran dan hadis tentang tawassut dan i’tidal dalam berkasih-sayang dan memberikan peringatan

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menyentuh mengenai kasih sayang yang juga mengandungi makna tawassut dan i’tidal.

Antara contohnya ialah:

  1. Perintah agar menyeru manusia ke jalan Tuhan dengan cara berhikmah, nasihat yang baik serta perbahasan yang lebih baik. 

Allah taala berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (Al-Nahl: 125).

  1. Kecintaan kepada seseorang tidak sepatutnya berdasarkan sesuatu manfaat yang ingin diperolehi. Sebaliknya, tujuan mencintai seseorang hendaklah untuk mencari keredhaan Allah. 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang memberi kerana Allah, melarang kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, menikahkan kerana Allah, maka telah sempurna keimanannya.” (Riwayat Al-Hakim). 

Kesimpulanwasati cartoon

Sungguh pun wasatiyah diambil dari kalimah wasat, ini tidak bererti seseorang itu berdiri di antara kebenaran dan kebatilan, tidak menyokong kebenaran dan tidak juga menentang kebatilan.

Ia juga tidak bererti seseorang itu berdiri di antara kebaikan dan kejahatan, tidak mengajak kepada kebaikan dan tidak juga mencegah kejahatan.

Bukan ini yang dilaungkan oleh para ulama yang muktabar dan bukan ini yang diseru oleh Sheikh Al-Zuhayli.

Sebagaimana yang disebutkan pada awal artikel ini dan sekali lagi ingin ditegaskan di sini, salah satu pengertian wasat adalah yang terbaik dan yang paling adil.

Umat Nabi Muhammad s.a.w. disifatkan sebagai ummatan wasatan iaitu umat pilihan, terbaik dan paling adil.

Akhirnya, segala apa yang disyariatkan oleh Allah taala, baik yang berkaitan denga ibadah, muamalat kewangan, hubungan kemasyarakatan atau yang lain-lain adalah terbaik dan paling adil.

Wasatiah Siri 9

  1. Hubungan kemasyarakatan di dalam Islam berdiri di atas dasar rahmah. 

Allah taala berfirman:

“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya’: 107). 

  1. Perintah agar berlaku ihsan kepada ahli keluarga serta kaum kerabat. 

Allah taala berfirman:

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba moderation in beliefabdi.” (Al-Baqarah: 177). 

  1. Perintah untuk menyalurkan zakat kepada beberapa asnaf, di antaranya ialah golongan fakir dan miskin.

Allah taala berfirman:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, fi sabilillah, dan ibnissabil. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Taubah: 60).

Wasatiah Siri 8

Al-Quran dan hadis tentang tawassut dan i’tidal muamalah dan hubungan masyarakatdebating moderate islam

Selain dari lapangan ibadah, makna kemudahan, samahah, tawassut serta i’tidal juga wujud dalam bermuamalah kewangan dan berhubungan kemasyarakatan.

Di antara contohnya:

  1. Urusan jual-beli harus dijalankan berdasarkan keredhaan kedua belah pihak.

Allah taala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang kamu redhai…” (Al-Nisa’: 29).

  1. Pujian bagi mereka yang memberi kemudahan ketika berjual-beli dan menuntut hak.

Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semoga Allah merahmati seseorang yang mudah apabila menjual, membeli dan menuntut haknya.” (Riwayat Al-Bukhari).

  1. Larangan melengahkan pembayaran hutang bagi mereka yang mampu melunaskannya. 

Rasulullah bersabda, “Melambatkan pembayaran hutang bagi golongan kaya adalah satu kezaliman.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

  1. Perintah agar memberikan tempoh bagi golongan yang menghadapi kesukaran melangsaikan hutang.

Allah taala berfirman:

“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga lapang hidupnya dan jika kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu seandainya kamu mengetahui.”  (Al-Baqarah: 280).

Wasatiah Siri 7

  1. Keringanan bagi mereka yang perlu mencukur rambut mereka dalam keadaan ihram kerana suatu keuzuran.

Allah taala berfirman:

“Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih…” [Al-Baqarah: 196]

Makna kemudahan, samahah, tawassut serta I’tidal juga terzahir di dalam ibadah membaca al-Quran

Sebagai contoh:

  1. Larangan mengkhatamkan al-Quran kurang dari tiga hari agar dapat menghayati makna al-Quran.
  1. Peringatan agar tidak melupakan ayat-ayat al-Quran.
  1. Diangkat dosa dari golongan awam yang menghadapi kepayahan untuk membaca al-Quran. 

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim). 

Wasatiah Siri 6

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Puasa yang paling utama di sisi Allah adalah puasa Dawud. Beliau berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) pada keesokan hari.” (Riwayat Muslim).

Hukum-hukum berkaitan dengan ibadah haji juga dibina di atas kemudahan,samahah, tawassut serta I’tidal.

Buktinya ialah:

  1. Haji hanya diwajibkan bagi mereka yang mampu.

Allah taala berfirman:

“…Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya…” (Ali Imran: 97).

  1. Kerapkali ketika ditanya oleh para sahabat mengenai sebahagian amalan haji, Rasulullah s.a.w. menjawab, “Lakukanlah, tidak mengapa”.

Abdullah bin `Amr r.a. meriwayatkan:muslim...moderate...singaporean

“Aku melihat Nabi s.a.w. di jamarat ditanya. Seseorang bertanya kepadanya, ‘Ya Rasulullah, saya menyembelih sebelum melontar?’ Beliau menjawab, ‘Lontarlah, tidak mengapa.’ Seorang lagi bertanya, ‘Ya Rasulullah, saya mencukur kepala sebelum menyembelih.’ Baginda menjawab, ‘Sembelihlah, tidak mengapa.’ Tidaklah beliau ditanya tentang sesuatu yang dikedepankan atau yang dilambatkan kecuali beliau berkata, ‘Lakukanlah, tidak mengapa.” (Riwayat Al-Bukhari).

Wasatiah Siri 5

Al-Quran dan hadis tentang tawassut dan i’tidal dalam ibadah

 

Berikut adalah beberapa contoh:

  1. Larangan berpuasa dalam keadaan bermusafir jika boleh membawa kepada kemudaratan.

Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa satu ketika Rasulullah s.a.w. dalam sebuah perjalanan. Dia lalu melihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang sedang diberikan teduh. Baginda s.a.w. bertanya: “Ada apa?” Mereka menjawab: “Orang ini sedang berpuasa.” Maka Baginda s.a.w. bersabda: “Bukan merupakan suatu kebaikan berpuasa dalam keadaan musafir.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

  1. Larangan berpuasa pada kedua `Eid.
  1. Larangan berpuasa wisal iaitu berpuasa terus-menerus. 
  1. Anjuran untuk berpuasa seperti yang dilakukan Nabi Dawud

Wasatiah Siri 4

Al-Quran dan hadis tentang tawassut dan i’tidal dalam ibadah

Hukum-hukum syarak kesemuanya dibina di atas kemudahan, samahah, tawassutserta i’tidal agar mudah diamalkan bagi sekalian manusia, baik dalam keadaan kuat mahupun lemah, musafir mahupun mukim, sihat mahupun sakit, muda mahu pun tua.

religious extremismAllah taala berfirman:

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” (Al-Baqarah: 286)

“Bertaqwalah kepada Allah menurut kemampuan kamu…” (Al-Taghabun: 64)

Di dalam hadis, Rasulullah  s.a.w.  bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripada melakukannya, hindarilah ia. Dan apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, lakukanlah menurut kemampuan kamu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ibadah solat yang disebutkan di dalam Al-Quran terkandung makna tawassutdan i’tidal.

Allah taala berfirman:

“Berjayalah orang-orang mukmin. (Iaitu mereka) yang khusyuk di dalam solat mereka.” (Al-Mu’minun: 1-2).

Makna kemudahan, samahah, tawassut serta i’tidal juga terdapat di dalam ibadah puasa.

Berikut adalah beberapa contoh:

  1. Keringanan agar tidak berpuasa bagi golongan yang berada dalam keadaan musafir atau sakit.

Allah taala berfirman:

“…sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan (Ramadan), maka hendaklah dia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…” (Al-Baqarah: 185).