Wasatiah Siri 3

Wasatiyah dalam ibadah dan akidah

Wasatiyah dalam ibadah dan akidah dapat dikenali menerusi beberapa ciri berikut:

  1. Tidak membebankan diri dengan sesuatu yang sukar ditanggung sehinggakan boleh membawa kepada rasa bosan untuk menunaikan kewajipan.
  1. Tidak bersifat ghuluw di dalam urusan agama kerana ianya boleh membuatkan seseorang merasa malas dan mengabaikan kewajipan.
  1. Akidah Islam adalah wasat antara golongan musyrik dan golongan atheis. Yang pertama menyembah tuhan-tuhan selain Allah manakala yang kedua mengingkari kewujudan Tuhan.

Wasatiah Siri 2

the_middle_path_of_moderation_in_islam__the_qur_anic_principle_of_wasatiyyahKesan wasatiyah pada masyarakat

Wasatiyah mempunyai kesan yang positif pada masyarakat. Apabila kasih sayang disebarkan di kalangan anggota masyarakat, sifat taksub dan hasad dihindari dan cara bermuamalah sesama anggota masyarakat berpaksi di atas dasar keihsanan.

Natijah dari ini akan tersebarlah ketenangan dan keadilan di dalam masyarakat tersebut serta akan dihindari dari keburukan.

Manusia pula akan merasakan nikmat persaudaraan serta akan menghindari segala bentuk keburukan dan kemudaratan.

Wasatiah Siri 1

WASATIYAH DARI LENSA SHEIKH WAHBAH AL-ZUHAYLI

Pengertian wasatiyah

Wasatiyah berasal dari perkataan wasat. Sungguhpun kalimah ini mempunyai beberapa makna, diantara pengertian wasat adalah yang terbaik dan paling adil. Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah taala:

Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Nabi Muhammad) ummatan wasatan…” (Al-Baqarah: 143)

Pengertian wasatiyah yang tersebar luas pada hari ini adalah i’tidal dalam iktikad, pendirian, kelakuan, cara, muamalah dan akhlak.

Menurut Sheikh Wahbah Al-Zuhayli, pengertian ini dapat dimanifestasikan melalui cara-cara berikut:

  1. Tidak bersifat ghuluw (berlebihan) di dalam urusan agama.
  2. Tidak meremehkan atau mengabaikan hak Allah dan hak manusia.
  3. Tidak mengabaikan kerja dakwah iaitu menyeru manusia kepada agama Tauhid dengan berhikmah dan memberikan nasihat yang baik.
  4. Mengiktiraf kebebasan bagi manusia lain khususnya kebebasan beragama.
  5. Mensucikan diri dari hasad, benci dan permusuhan.
  6. Menyepadukan material dan rohani.
  7. Bermuamalah dengan manusia dengan cara yang baik.
  8. Tidak berlebihan dalam mencintai dunia.