Taufik dan Hidayah 1

Soalan

Ustaz, apa beza hidayah dan taufik? Bagaimana cara nak dapat hidayah?

Jawapan:

Hidayah bermakna petunjuk, atau bimbingan Allah bagi hamba-hambanya yang bertawakal.

إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ

 وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).                               (Surah Al-Qasas : ayat 56)

Hidayah – Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

 

Taufik adalah restu Allah berupa terwujudnya amal-amal baik.

Kitab Jauharah Tauhid : Taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan Allah melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik” al-Ankabut:69

Sujud 3

Soalan:

Saya ingin mohon pencerahan mengenai salah satu anggota sujud yakni Dahi.. sahkah solat seorg lelaki jika waktu sujudnya terlapik dgn serban atau kopiah atau rambut.. atau jika perempuan terlapik dgn telekungnya.. bahagian dahi yang manakah yg sebenarnya yg perlu disentuh sewaktu sujud?

Jawapan:

“Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Para sahabat bertanya: Bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Jawab Rasulullah: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka”  Hadis riwayat Ahmad, Tabrani dan Ibn Khuzaimah

Anggota-anggota sujud selain dahi telah sepakat para ulamak menyatakan tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tanah/lantai. Oleh itu, harus seseorang menunaikan solat dengan memakai sarung tangan atau stokin.

Sujud 2

Soalan:

Saya ingin mohon pencerahan mengenai salah satu anggota sujud yakni Dahi.. sahkah solat seorg lelaki jika waktu sujudnya terlapik dgn serban atau kopiah atau rambut.. atau jika perempuan terlapik dgn telekungnya.. bahagian dahi yang manakah yg sebenarnya yg perlu disentuh sewaktu sujud?

Jawapan:

Huraian Anggota Dahi :

  • Wajib atas dahi sahaja: (mazhab Syafie, Thawus, ‘Atho, Ikrimah, al-Hasan, Ibn Sirin) di sisi mereka hidung adalah sunat.
  • Wajib atas dahi dan hidung: (Sa’id bin Jubair, an-Nakhaie, Ishaq).
  • Boleh pilih dahi atau hidung sahaja: (Abu Hanifah).
  • Mazhab Syafie, yang lebih utama adalah keseluruhan dahi, jika sebahagiannya tertutup, adalah makruh.Bagaimana jika dahi berlapik?
    • Tidak sah jika keseluruhan berlapik dengan pakaian yang ikut bergerak dalam pergerakan solat. (mazhab Syafie, Daud dan salah satu riwayat Ahmad).
    • Sah. (Malik, Abu Hanifah, al-Awzaie, Ishaq, dan salah satu riwayat Ahmad). Ini pendapat majoriti ulama. Akan tetapi tetap lebih utama tanpa berlapik jika tiada keperluan untuk berlapik.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي شِدَّةِ الْحَرِّ، فَإِذَا لَمْ يَسْتَطِعْ أَحَدُنَا أَنْ يُمَكِّنَ وَجْهَهُ مِنَ الأَرْضِ بَسَطَ ثَوْبَهُ فَسَجَدَ عَلَيْهِ‏.‏

Anas bin Malik radiallahuanhu berkata: Kami bersama Nabi sallallahualaihi wasallam ketika cuaca yang sangat panas. Apabila salah seorang daripada kami tidak mampu meletakkan wajahnya di bumi, maka dia menghamparkan pakaianya dan sujud di atasnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Amal Fi as-Solat, hadis no: 1208]

Siri Tanyalah Ustaz: Ciri Orang Yang Ikhlas 9

Ciri Orang Yang Ikhlas

  1. Seorang yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan dimiliki saudaranya, sebagaimana dia juga merasa senang jika dia mendapatnya.
  • Orang yang ikhlas akan sedar kelemahan dan kekurangannya. Oleh karena itu dia sentiasa beramal dan memperbaiki amal bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri

3 ciri keikhlasan :

Pertama memiliki perasaan sama bila dipuji atau dicela. Tidak bangga atau gembira ketika dipuji dan tidak jengkel atau marah ketika dicela.

Kedua tidak merasa berjasa atau berprestasi dengan amalnya.

Ketiga mengharapkan pahala amal itu di akhirat, tidak di dunia

إِنْ أَجْرِيَ إِلا عَلَى الَّذِي فَطَرَنِي

“sesungguhnya upah kami adalah dari Allah yang menciptakan kami…” (Hud:51).

Ulama memberikan batasan : “Meninggalkan amal karena manusia itu riya, karena takut dilihat orang kemudian tidak mau beramal itu juga riya, sementara beramal untuk manusia itu syirik, dan ikhlas terlepas dari keduanya.”

Siri Tanyalah Ustaz: Ciri Orang Yang Ikhlas 8

Ciri Orang Yang Ikhlas

  1. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka.

“Aku beritahu padamu bahwa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang sendiri melanggar yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)

Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah ridha Allah, bukan ridha manusia. Sehingga, mereka sentiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik dalam keadaan berseorangan atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan.

Siri Tanyalah Ustaz: Ciri Orang Yang Ikhlas 7

Ciri Orang Yang Ikhlas

1.Senantiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang banyak, baik ada pujian ataupun celaan.

  Ali bin Abi Thalib r.a. : “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin berghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”

لا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَنْ يُجَاهِدُوا  بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguan.” At-Taubah ayat 44-45,

Siri Tanyalah Ustaz: Ciri Orang Yang Ikhlas 6

Buruknya Riyak

Makna riyakseorang muslim memperlihatkan amalnya pada manusia dengan harapan mendapat posisi, kedudukan, pujian, dan segala bentuk keduniaan lainnya.

Riyaksifat atau ciri khas orang-orang munafik.

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلا قَلِيلا

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat itu) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” An-Nisaa ayat 142,

Riya – salah satu cabang dari kemusyrikan.

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya yang paling aku takuti pada kalian adalah syirik kecil.” Sahabat bertanya, “Apa itu syirik kecil, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw. menjawab, “Riyak. Allah berkata di hari kiamat ketika membalas amal-amal hamba-Nya, ‘Pergilah pada yang kamu berbuat riya di dunia dan perhatikanlah, apakah kamu mendapatkan balasannya?’” (HR Ahmad).

Orang-orang yang telah melakukan amal-amal terbaik: mujahid, ustadz, dan orang yang sentiasa berinfak, semuanya diseret ke neraka karena amal mereka tidak ikhlas kepada Allah.

Kata Rasulullah saw., “Siapa yang menuntut ilmu, dan tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan perhiasan dunia, maka ia tidak akan mendapatkan wangi-wangi surga di hari akhir.” (HR Abu Dawud)

Siri Tanyalah Ustaz: Ciri Orang Yang Ikhlas 5

Makna Ikhlas

  • Bahasa – bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Orang yang ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.
  • Istilah – niat mengharap ridha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain.
  • Seorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras (nampi beras) dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras.
  • Beras yang dimasak menjadi nikmat dimakan. Jika beras itu masih kotor, ketika nasi dikunyah akan tergigit kerikil dan batu kecil. Demikianlah keikhlasan, menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak membuat lelah, dan segala pengorbanan tidak terasa berat. Sebaliknya, amal yang dilakukan dengan riyak akan menyebabkan amal tidak nikmat. Pelakunya akan mudah menyerah dan selalu kecewa.
  • Bagi seorang abid makna ikhlas adalah ketika ia mengarahkan seluruh perkataan, perbuatan, dan jihadnya hanya untuk Allah, mengharap ridha-Nya, dan kebaikan pahala-Nya tanpa melihat pada kekayaan, kedudukan, dan kepentingan dunia.
  • Semboyannya ‘Allahu Ghayaatunaa‘, Allah tujuan kami, dalam segala aktiviti mengisi hidupnya.

Siri Tanyalah Ustaz: Ciri Orang Yang Ikhlas 4

Amal Bukan Untuk Manusia

Imam Syafi’i memberi nasihat kepada seorang temannya:

“Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”

Ibnul Qoyyim :

  • “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.”
  • “Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendeta ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik.”

Siri Tanyalah Ustaz: Ciri Orang Yang Ikhlas 3

IKHLAS & IHSAN

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ أَوْ تَعْبُدَهُ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَا تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasul saw. berkata, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.”

IHSAN

Fudhail bin Iyadh memahami kata ihsan dalam firman Allah surat Al-Mulk ayat 2:

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا

“untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” dengan makna akhlasahu (yang paling ikhlas) dan ashwabahu (yang paling benar).

Kata Fudhail bin Iyadh: “Sesungguhnya jika amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak diterima. Dan jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima. Ikhlas jika dilakukan karena Allah dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.”