Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat

Rasulullah S.A.W mendidik kita agar menjadi orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W.:

الْخَلْقُ عِيَالُ اللهِ اَحَبُّهُمْ اِليهِ اَنْفَعُهُمْ لِعِيَالِهِ

“Makhluk (secara umum) adalah Hamba Allah swt, maka mereka (para makhluk) yang paling dicintai oleh Allah swt adalah yang memberikan manfaat kepada Hamba Allah swt (yang lainnya)”.

Orang yang paling hampir dan dicintai Allah ialah mereka yang paling memberi manfaat kepada keluarganya, rakan sekerja, sahabat, bermanfaat kepada organisasi, kepada masyarakat, negara dan agama.

Marilah kita menjadi orang paling memberi manfaat. Kehadiran kita dirasai, keberadaan kita disenangi dan ketiadaan kita dirindui.

Jadilah Bermanfaat Bukan Pembeban

Sebagai Muslim, setiap kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang bermanfaat. Keberadaan kita dalam keluarga, dalam organisasi juga dalam masyarakat sentiasa dirasai dan bermanfaat kepada orang lain. Jangan sekali-kali kita menjadi pembeban.

Firman Allah:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا رَجُلَيْنِ أَحَدُهُمَا أَبْكَمُ لا يَقْدِرُ عَلَى شَيْءٍ وَهُوَ كَلٌّ عَلَى مَوْلاهُ أَيْنَمَا يُوَجِّهْهُ لا يَأْتِ بِخَيْرٍ هَلْ يَسْتَوِي هُوَ وَمَنْ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَهُوَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (٧٦

“Dan Allah (pula) membuat perumpamaan: dua lelaki yang seorang bisu, atas tidak dapat berbuat sesuatu pun dan dia menjadi beban penanggungnya, ke mana saja dia disuruh oleh penanggungnya itu, dia tidak dapat mendatangkan satu kebajikan pun, samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, dia berada pula di atas jalan yang lurus?” (An-Nahl : 76)

Ayat ini membuat perumpamaan perbandingan antara orang yang tidak dapat melakukan apa-apa malah menjadi beban kepada orang lain dengan orang yang melakukan amal kebaikan dan mendatangkan manfaat.

Islam mahukan agar seorang Muslim tidak menjadi beban sebaliknya menjadi seorang yang bermanfaat.

Falsafah hidup seorang Muslim harus sentiasa menjadi seorang yang bermanfaat, penyumbang dan relevan kepada organisasi, keluarga, masyarakat dan negara. Tidak hanya kewujudannya menambah pada angka semata-mata atau menjadi beban kepada keluarga, masyarakat, negara dan organisasinya.

Tidak wajar bagi seorang Muslim menjadi seperti melukut di tepi gantang atau sesuatu yang wujudnya tidak dirasai dan ketiadaannya tidak merugikan. Lebih buruk lagi, jika ketiadaannya itu melegakan hati.

Allah menggambarkan manusia pembeban dalam ayat di atas dengan ‘ke mana sahaja dia pergi, dia tidak mendatangkan suatu kebajikan pun’.

Justru kebaikan kita hendaklah meluas dalam konteks apa jua bukan hanya dalam sudut-sudut tertentu sahaja. Dalam erti kata yang lain, kita tidak hanya bermanfaat bagi keluarga tetapi menjadi beban bagi organisasi, masyarakat dan negara.

Seorang itu dikatakan bermanfaat apabila dia mendatangkan kebaikan, menyuruh kepada keadilan dan berada di jalan yang lurus. Namun Allah tetap menggunakan kata kebaikan dan keadilan secara berasingan, kata yang bersifat umum dan universal بِخَيْرٍ بِالْعَدْلِ

Bermanfaatnya seorang Muslim mestilah juga dirasai dalam konteks nilai-nilai sejagat. Kita bukan bersuara atas dasar agama sahaja tetapi juga nilai-nilai luhur dan sejagat yang dikongsi bersama oleh manusia.

Salah satu sifat bermanfaat ialah kekal relevan dan memberi kesan (impact) dengan situasi di mana sahaja kita berada. Kalau kebaikan yang dibawa dan diseru oleh kita tidak relevan atau tidak dirasakan relevan atau tidak mencetus kesan (impact) oleh orang lain, maka hampir samalah dengan tidak bermanfaat.

Tazkirah Amalan Puasa Syaaban

Doa Ilmu Bermanfaat

Doa Bermanfaat

 

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَقَلْبًا خَاشِعًا وَيَقِينًا صَادِقًا وَدِينًا قَيِّمًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَعَمَلاً صَالِحًا وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ وَنَسْأَلُكَ دَوَامَ الْعَافِيَةْ وَنَسْأَلُكَ الشُّكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ وَنَسْأَلُكَ الْغِنَى عَنِ النَّاسِ

“Ya Allah, kami memohon kepadamu agar mendapat ilmu yang bermanfaat, hati yang khusyuk, keyakinan yang benar, agama yang lurus, rezeki yang lumayan, amalan yang soleh. Dan kami mohon kesihatan yang sempurna, kesihatan yang berkekalan dan bersyukur di atas kesihatan dan kami mohon kepadaMu agar menjadi kaya dengan ilmu dari kalangan manusia”

Ucapan Salam

Lafaz-lafaz salam

Antara lafaz “salam” yang boleh digunakan adalah:

  • السلام عليكم
  • السلام عليكم ورحمة الله
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Di dalam sebahagian riwayat ada disebutkan penambahan “ومغفرته” dan juga “ورضوانه”. Antaranya yang dinyatakan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya, daripada riwayat Anas bin Malik RA:

 

كان رجل  يمُر بالنبيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول : السَّلامُ عَلَيْكَ يا رسول الله ، فيقولُ له النبيُّ صَلى الله عَليه وسلم : وَعَلَيْكَ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه وَمَغْفِرَتُه وَرضْوَانُه

Maksudnya: “Terdapat seorang lelaki berjalan berdekatan dengan Nabi SAW sambil berkata: Salam sejahtera ke atas engkau wahai Rasulullah! Maka Nabi SAW menjawab kepada lelaki tersebut: Ke atas engkau salam, rahmat Allah, keampunan-Nya serta keredhaan-Nya”. [Lihat: Matan Amal al-Yaum wa al-Lailah, 197]

 

Namun riwayat tersebut dinilai dhaif oleh ahli hadith seperti Imam Ibn al-Qayyim [Lihat: Zad al-Ma’ad, 2:382] dan juga al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa sanadnya bermasalah.[Lihat: Fath al-Bari, 11:6]

Ciri Muslim Terbaik 10

10. Berguna untuk orang lain.

  • Mukmin umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
  • Mukmin adalah penggerak Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada Mukmin
  • Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
  • Mukmin merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Ciri Muslim Terbaik 9

9. Tersusun dalam urusan

  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam

Ciri Muslim Terbaik 8

8. Menjaga waktu

  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
  • Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

Ciri Muslim Terbaik 7

7. Mampu melawan nafsu

  • Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

Ciri Muslim Terbaik 6

6. Mampu berusaha

  • Walaupun kaya, perlu bekerja.
  • Tidak terlalu mengejar jawatan.
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
  • Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.