- Ia adalah hasil dari percampuran bahasa pertuturan yang berasaskan Sanskrit, Parsi, Turki dan Arab yang berpindah ke sana di bawah pemerintah Islam.
- Bahasa Urdu kini menjadi salah satu bahasa yang kaya dengan ibarat-ibaratnya yang mendalam dan halus terutama dalam bidang kesenian kesusasteraan.
Tamadun India (40)
Tamadun India (39)
Urdu Alphabet
- Pengaruh-pengaruh dan idea Islam telah menyerap masuk dalam lapangan senibina, muzik,kesusasteraan, agama dan pakaian penduduk tempatan.
- Bahasa Urdu muncul pada waktu kesultanan Islam Delhi.
Tamadun India (38)
- Kompilasi hukum-hukum fiqh ini diasaskan kepada undang-undang syariah diusahakan oleh banyak ulama menurut prinsip-primnisp mazhab Hanafi.
- Fatawa ini merupakan antara penyusunan fiqh yang terawal.
- Mengandungi 30 jilid dan menjadikannya begitu komprehensif pada ketika itu.
Tamadun India (37)
- Aurangzeb (1618–1707M), adalah salah seorang daripada anak-anak Shah Jehan.
- Pada masa pemerintahannnya telah disusun Fatawa al-Alamgiri adalah himpunan undang-undang yang dibukukan atas insiatif maharaja Aurangzeb dari pemerintah Mughal.
Tamadun India (36)
Masjid ini dinamai sebagai Quwwat al-Islam atau masjid kekuatan Islam (Might of Islam Mosque. Dibina di Delhi oleh oleh pemerintah Kesultanan Delhi (Dinasti Hamba) Qutbuddin Aibak. Masjid ini telah dibina untuk mengingatkan uamt Islam tentang kemenangan mereka membuka India.
Tamadun India (35)
Binaan Taj Mahal dengan kehalusan seninya telah memukau pencinta seni bina di seluruh dunia. Binaan ini disiapkan pada masa pemerintahan Shah Jehan (1592-1666M), salah seorang maharaja Moghul. Ia menjadi salah satu daripada tujuh perkara ajaib di dunia.
Tamadun India (34)
- Islam amat menekankan kepada pendidikan.
- Banyak institusi pendidikan didirikan bagi mendidik masyarakat agar terlepas daripada bencana kejahilan.
- Bidang-bidang ilmu seperti kesusasteraan, seni bina, matematik, astronomi diperkenalkan.
- Masjid berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu asas Islam.
Tamadun India (33)
Bertapaknya Islam di India telah memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan masyarakat India, antaranya:
i.Sistem Pendidikan
ii.Seni Bina
iii.Taj Mahal
- Qutb Minar
- Fatawa Alamgir
iv.Bahasa Urdu
v.Agama Sikh
Tamadun India (32)
- Orang Islam di India yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan, para penulis dan sasterawan telah memain peranan penting dalam usaha mencapai kemerdekaan bumi India daripada penjajah British.
- Nama-nama seperti Maulana Abul Kalam Azad (1888-1958), Hakim Ajmal Khan (1863-1927) Rafi Ahmed Kidwai (1894-1954) Ashfaqulla Khan (1900-1927) adalah antara tokoh penting dalam perjuangan kemerdekaan .
Tamadun India (31)
- Umat Islam telah memberikan sumbangan yang penting perkembangan tamadun ilmu di India.
- Pada zaman pemerintahan Islam ilmu-ilmu Islam telah berkembang dan banyak melahirkan ulama terkenal bertaraf antarabangsa.
- Mereka mempunyai ilmu yang luas dalam berbagai bidang sama sains atau keagamaan.