Bermula 1 April 2014 ini, staf yang terlibat dengan perpindahan Unit/Jabatan akan memulakan tugas di tempat baru. Begitu juga dengan 2 orang staf unit saya iaitu Pn. Nur Mawati Awang Hamat dan Pn. Norhaslin Mustapha akan berpindah masing-masing ke Unit Kewangan Pelajar dan Unit Stor Pusat. Diucapkan selamat maju jaya, dan kepada yang akan menggantikan mereka agar dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan dedikasi dan cemerlang.