Select Page

3 January 2019 – Pagi-pagi terus ke Pusat Kesihatan UTM (PKU) untuk buat Fasting Blood Glucose Test. Jumpa Dr. Rozana, dah buat personal request semalamnya. Dalam jam 10.15 kena ambil darah dan urine lepas tu hantar ke makmal PKU. Tanya bila boleh dapat result, kate staf dalam 11.30.

Jadinya pergi lah sarapan dulu di Meranti. makan sampai pukul 11.00. tergerak hati nak tanya makmal dah siap ke belum. tapi kena physically pergi PKU sebab sistem yg boleh check through online tak berfungsi la pulak.

Dah sampai makmal, tanya staf, katanya jam 12.45 baru siap. So call Dr. Rozana, tanya sama ada nak datang jam 12.45 atau jam 2.00 je? Dr. Rozana cakap 12.45 dan minta makmal untuk print result sebab printer di bilik Dr. tak berfungsi. Sabar ye.

Lepas jumpa Dr. Rozana, review result, memang tinggi. so kena prescribe ubat dan vitamin untuk pemantauan. Dapat juga tips bagaimana nak turunkan semula level tu. kena jaga 3 benda utama. Ubat, Makanan dan Senaman.

Jam 2.00 – Masuk makmal EMC untuk buat calibration test bersama Indhika dan alat-alatnya. sampai lah habis kerja.

Jam 5.33 – Dapat emel yang menyatakan bahawa permohonan felo kolej kediaman telah diluluskan dan perlu hadir sesi Induksi Felo pada 5 Jan 2019. ALHAMDULILLAH

Sekian,

Akmal Ayob