{"id":508,"date":"2015-12-28T05:23:35","date_gmt":"2015-12-28T05:23:35","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/?p=508"},"modified":"2015-12-28T05:23:35","modified_gmt":"2015-12-28T05:23:35","slug":"transkripsi-jawi-ke-rumi-kitab-thamarat-al-muhimmah-raja-ali-haji-1","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/2015\/12\/28\/transkripsi-jawi-ke-rumi-kitab-thamarat-al-muhimmah-raja-ali-haji-1\/","title":{"rendered":"Transkripsi Jawi ke Rumi Kitab Thamarat al-Muhimmah Raja Ali Haji (1)"},"content":{"rendered":"<p>Di transkrip oleh: Akmaliza Abdullah<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Fasal 1<\/p>\n<p>Pada menyatakan memeliharakan ruh ya\u2019ni nyawa dan hati bermula makna ruh dan makna qalbu dan makna nafsu dan makna akal itu iaiyu berpanjanganlah bicaranya di dalam kitab yang panjang-panjang seperti di dalam Ihya\u2019 \u2018Ulum al-Din dan lainnya maka tiadalah boleh patut ditanggungkan pada kitab mukhtasar ini sehingga kunyatakan atas makna ruh yang ghalib atas pengetahuan orang yang awam jua kerana adalah pada pengetahuan orang yang awam adalah manusia iaitu tubuh badan berhimpun kepadanya beberapa anggota seperti mata dan telinga danlidah dan hidung dan tangan kaki dan perut dan zakar maka iaitu menerima penyakit yang zahir yang dapat diubatkan oleh tabib dengan beberapa ubat yang zahir yang berlainan khasiatnya dan faedahnya adapun ruh and hati itu memerintahkan segala anggota yang zahir itu hal keadaannya jism latif yakni\u00a0 jisi, yang halus yang tiada didapat oleh pancaindera yang zahir dan menerima ia akan enyakit yang batin dan tiada didapat diubatkan dengan ubat yang zahir dan seperti dipegang dan dijabat akan tetapi menerima pula ia ubat yang latif yang halus-halus akan lagi datang sebutnya intaha.<\/p>\n<p>Bermula pada pihak memeliharakan ruh dan memeliharakan hati dan nafsu itu fardu kerana jika sakit segala yang tersebut itu (ayat) membawa kepada membinasakan kepada anggota yang zahir jua bermula adalah penyakit yang datang kepada raja itu (ayat)iaitu anwa\u2019 bala\u2019 yakni kedatangan beberapa bagi bala dan susah pertama pada rezeki yakni sebab kepecakan rezeki yakni kehidupannya sebab kedua sebab kedatangan penyakit kepada badan dan kepada tubuh ketika sebab bercerai dengan kekasih sayang sama ada kepada manusia seperti kematian anak isteri dan sanak saudara kaum kerabat dan sahabat handai atau sebab bercerai dengan kekasih sayang daripada pangkat dan kebesaran dan kemuliaan atau kasih sayang daripada harta benda emas perak seperti tanggal segala yang tersebut itu daripada genggamannya yakni terlepas daripadanya dengan kehilangan atau kerugian keempat dengan sebab kedatangan susah daripada pihak\u00a0 yang ditakutkan hilang nayawa atau mudarat kepada badan iaitu kesusahan pada pihak seteru seperti di dalam permusuhan dan pergaduhan atau lainnya yang segala pekerjaan yang ditakuti kelima sebab kedatangan dihina-hinakan manusia seperti diumpat orang dan dicela orang dan dinista orang atau barang sebagainya segala pekerjaan yang jatuh dirinya yang jadi menyusahkan dia maka inilah segala yang tersebut itu (ayat)\u00a0 yang mendatangkan penyakit ruh hendaklah bersungguh-sungguh mengubatkan dan memeliharakan dia kerana penyakit ini ibinasa kepada badan maka wajiblah memeliharakan dia dan mengubatkan dia bermula memeliharakan dia dan mengubatkan dia \u2018ala al-umal tiada yang terlebih besar dan terlebih segera pada membaiki dia melainkan mendengar Quran al-\u2018Azim dan hadis Sayyid al-Mursalin dan perkataan dan nasihat dan aarab sahabat dan awliya\u2019 dan ulama dan hukama\u2019 al-mutaqaddimin wa al-muta\u2019akkhirin seperti memikirkan maknaya dan mafhumnya segala perkataan mereka itu dan pada menyuruh sabar dan redha dan tawakal apabila kedatangan segala anwa\u2019 al-bala\u2019\u00a0 yang telah tersebut itu\u00a0 kepada kitakerana di dalam dunia ini tiada hampa daripada anwa\u2019 al-bala\u2019 yang tersebut itu maka hendaklah jangan kita ikutkan susahnya kerana tiada berguna susah dan tiada\u00a0 tertolak perintah Allah ta\u2019ala dengan sebab susah kita itu dan tiada boleh kita menegah takdirnya akan tetapi jika dilawan susah kita itu dengan sabar dan redha dan tawakal mudah-mudahan bertemu kita dengan barang yang dijanjikan Allah ta\u2019ala didalam Quran al-\u2018Azim iaitu Allah ta\u2019ala kasihkan orang yang sabar dan meluaskan orang yang tawakal di dalam dunia dan di dalamakhirat dan memberi pahala pula kepada orang yang sabar di dalam bala\u2019 dan menggantikan pula Allah akan orang uang sabar di dalam bala\u2019 dengan beberapa kelebihan di dalam dunia dan akhirat seperti hikayat segala anbiya\u2019 yang tersebut di dalam Quran seperti Nabi Ya\u2019kub diberi bala bercerai dengan anaknya Yusuf \u2018alayhi al-salam kemudian berapa akhirnya iaitu dipertemukan Allah ta\u2019ala dengan bapa dan dengan segala saudaranya di dalam negeri Mesir pada hal dengan kemuliaan dan kebesarannya menjadi raja di dalam negeri Mesir dengan berkat sabarnya akan bala intaha. Dan seperti Nabi Allah Ayyub\u00a0 \u2018alayhi al-salam diberi bala dengan penyakit dan kematian segala ahlinya kemudia betapa akhirnya disihatkan badannya terlebih baik daripada dahulunya dan dikembalikan segala anak-anaknya dan segala hartanya terlebih banyak daripada yang binasa itu dengan berkat sabarnya intaha. Dan Nabi Allah Musa alayhi al-salam diberi bala dengan bermusuh dengan raja Firaun dengan beberapa masa kemudia betapa akhirnya iaitu ditenggelamkan Allah ta\u2019ala Raja Firaun dengan segala kaumnya dan lepas Nabi\u00a0 Allah daripada balanya dan menggantikanlah ia akan kerajaan Firan dengan berkat sabarnya ntaha seperti Nabi Allah \u2018Isa \u2018alayhi al-salam diberi bala dengan disakiti oleh kaum Yahudi kemudian betapa akhir pekerjaannya diangkatkan Allah ta\u2019ala ke langit dengan kemyliaan dan seperti Nabi kita Muhammad s.a.w. beberapa bala dipersakiti oleh kaum Quraish dengan didustakan dan dengan diperangi dan diperusir dari negeri Makkah al-Musharrafah sampai ke Madinah kemudian diperikut oleh kaum Quraish kemudian dengan diperangi dengan sebenar-benar susah permusuhan yang besar-besar beberapa kali kemudian pada akhir pekerjaan betapa rupanya siapa yang ditolong Allah ta\u2019ala dan siapa yang dibinasakan fikirlah olehmu dengan fikiran yang sempurna sebab kerana inilah tiada yang terlebih besar ubat penyakit anwa\u2019 al-bala\u2019 daripada\u00a0 Quran al-\u2018Azim dan hadis Sayyid al-Mursalin dan kitab-kitab karangan ulama al-\u2018amilin makan iaitu segera ubat mengapuskan segala anwa\u2019 al-bala\u2019 yang telah tersebut itu syahadan setengah daripada yang memberi manfaat memeliharakan raja iaitu hendaklah sekedudukan dengan orang yang berilmu daripada ulama atau orang yang salih-salih orang yang baik perangai biasa sabar dan redha akan qada\u2019 Allah ta\u2019ala dan tawakal kepada yang dijanjikan Allah ta\u2019ala daripada rezeki dan lainnya hendaklah jangan dihampiri segala sebab yang membawa dukacita dan susah yang tiada disuruhkan syara\u2019 di dalamnya dan jika datang susah dan dukacita dengan jalan disuruhkan Allah ta\u2019ala dan rasulnya maka hendaklah sabar serta redha serta berharap akan kebajikan dan tawakal kepada Allah dan minta tolong kepadanya dengan minta \u00a0doakah atau dengan sembahyang hajat dan jika segera ditolongnya maka hendaklah syukur kepadanya dan jika lambat ditolongnya hendaklah sabar serta baikkan sangka kepada Allah ta\u2019ala sebab hikmatnya tiada kita ketahui entahkan apa-apa yang jadikebaikan kepada kita janganlah keluh kesah mengadu-ngadu ke sana kemari demikianlah kita kerjakan pada memeliharakan ruh syahadan jika hendak terang kenyataan perkara yang tersebut itu hendaklah mutala\u2019ah kitab-kitab ahli sufi seperti kebanyakan kitab al-Ghazali dan lainnya intaha.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di transkrip oleh: Akmaliza Abdullah &nbsp; Fasal 1 Pada menyatakan memeliharakan ruh ya\u2019ni nyawa dan hati bermula makna ruh dan makna qalbu dan makna nafsu dan makna akal itu iaiyu berpanjanganlah bicaranya di dalam kitab yang panjang-panjang seperti di dalam Ihya\u2019 \u2018Ulum al-Din dan lainnya maka tiadalah boleh patut ditanggungkan pada kitab mukhtasar ini sehingga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":17876,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-508","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/508","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17876"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=508"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/508\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=508"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=508"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/akmaliza\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=508"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}