CUBAAN MENULIS
Alhamdulillah…setelah setahun synergy 4.0 ini dilaksanakan saya masih di Fakulti Sains. Pengalaman saya semenjak ditukarkan ke Fakulti pada tahun 2012 di mana pada tahun yang sama boleh di ibaratkan seperti perkahwinan paksa di antara FBB dan juga FKBSK yang namanya menjadi FBME. Cabaran yang terpaksa juga diharungi kerana dalam pengurusan makmal terdapat jurang perbezaan bidang dan sistem pengurusan. Pada 2018, boleh diibaratkan seperti bercerai dan rujuk semula dengan FS. Secara peribadi memang saya rasa Biosains lebih sesuai dibawah naugan Fakulti Sains. Namun begitu, pastinya terdapat cabaran-cabaran yang saya rasa masih perlu untuk ditangani. Proses adaptasi adalah proses yang berterusan, berkenalan dengan staf-staf baru ditemui, proses dan sistem yang digunapakai. Walaupun kita masih 1 UTM tetapi amalan dan cara kerja setiap jabatan memang berbeza. Terutama bila berurusan dengan orang yang lebih senior, sudah tentu saya yang MUDA ni perlu sesuaikan diri dengan cara kerja mereka. Bertanya dan belajar memang proses yang berterusan bagi melangsungkan urusan pekerjaan kita.
Secara peribadi, FS UTM adalah satu nama yang mempunyai identiti dan kekuatan tersendiri. Sangat aktif dengan pelbagai program dan juga aktiviti. Namun begitu terdapat ruang yang boleh diperkukuhkan dari segi pentadbiran dan pengurusan seperti memperjelasankan TOR jawatan-jawatan pentadbir akademik seperti pengarah- pengarah dan pengurus makmal. Jawatan pengurus IT telah mula dijawat oleh staf dari kalangan P&P, namun begitu impaknya masih kurang. Staf P&P yang lain juga seperti saya nampak seperti tiada impak kepada fakulti. Oleh itu, saya berpendapat staf P&P di fakulti perlu lebih kehadapan dan mempertingkatkan diri dengan kemahiran dan kepakaran yang dapat membantu fakulti dengan cara tersendiri.